Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 13 May 2016

Zunar pertahan tindakan pamer karya di Geneva



SHAH ALAM - Kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau Zunar mempertahankan tindakannya yang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui karya dalam satu pameran di Geneva, Switzerland.

Menurut Zunar, beliau menyertai pameran tersebut berikutan mendapat jemputan daripada Datuk Bandar Geneva serta satu pertubuhan yang dinaungi oleh bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Jika menteri mempertikaikan tindakan saya, adakah mereka melihat sendiri 10 karya saya yang dipamerkan tersebut?

“Orang ramai yang terdiri daripada masyarakat luar negara yang datang mengunjungi pameran itu rata-rata memberikan maklum balas yang mereka telah mengetahui mengenai isu-isu rasuah di negara ini. Jadi mereka (kerajaan) yang memalukan negara dan bukannya saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, tindakan Zunar tersebut disifatkan sebagai menghina pemimpin yang telah dipilih rakyat.

Menurut Zunar, sekiranya beliau menafikan mengenai gejala rasuah yang menular di negara ini, ia seolah-olah seperti memalukan dirinya sendiri berikutan cuba mengelak daripada kebenaran.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/jeniss-perangai-jahat-sikapnyazunar.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...