Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 13 May 2016

Krisis baru PAS Kedah... YDP Kuala Kedah letak jawatan



Bekas Exco Kanan kerajaan PAS Kedah ADUN Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Pas Kuala Kedah berkuat kuasa serta merta.

Ini sudah pasti menyebabkan krisis baru dalam kepimpinan negeri tersebut yang sebelum ini menyaksikan beberapa pemimpinnya keluar parti dan menyertai Amanah.

Berita yang mengejutkan banyak pihak itu mula tersebar petang Rabu, bagaimanapun Amiruddin gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung tindakannya itu.

Sumber terdekat PAS Kedah memaklumkan, Amiruddin telah memaklumkan perkara itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi melalui surat rasmi.

“Saya sendiri terkejut dengan berita itu, kerana sebelum ini tiada ura-ura Amiruddin akan melepaskan jawatannya. Difahamkan perkara itu turut dimaklum secara rasmi kepada PAS kawasan Kuala Kedah,” katanya.

Menurut sumber, bagaimana pun, Amiruddin masih kekal sebagai ahli PAS dan tidak melepaskan jawatannya di peringkat cawangan.

“Pimpinan PAS Kedah telah berusaha memujuk beliau agar menarik semula keputusannya namun Amiruddin tetap dengan pendiriannya. Kemungkinan beliau tidak dapat lagi menghayati atau mengikuti pendekatan berpolitik PAS Pusat sekarang,” katanya.

Sumber tidak menolak kemungkinan pendekatan berpolitik antara sebab utama perletakan jawatannya, bukan disebabkan ada kaitan dengan kumpulan ‘harummanis’ yang dikaitkan dengan ahli PAS cenderung Amanah.

“Saya difahamkan, Amiruddin juga bakal melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Dun Kedah dalam masa terdekat. Namun beliau perlu memaklumkan penarikan diri beliau kepada pejabat Dun atau Speaker Dun Kedah secara rasmi,” katanya.

Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang Dun Kedah sebelum ini menolak jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah yang ditawarkan kepadanya oleh PAS Pusat bagi menggantikan Datuk Mahfuz Omar yang tidak dilantik semula bagi sesi 2015-2017, sebelum melantik Ahmad Fakhruddin.

Difahamkan, penolakan itu ada kaitan dengan kekalahan golongan yang bekerja keras menyatukan PR, terutama golongan profesional selain kecewa terhadap senario dalam Pas ketika itu.

Amiruddin yang juga bekas AJK Pas Pusat sejak beberapa penggal lalu turut tewas dalam pemilihan lalu apabila perwakilan hanya memilih calon dalam senarai ‘cai’ kumpulan konservatif.

Rombakan kepimpinan PAS Kedah turut menyaksikan Amiruddin tidak terpilih dalam barisan kabinet baharu, apabila digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, digantikan bekas Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Pendang.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/krisis-baru-pas-kedah-ydp-kuala-kedah.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...