Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 14 May 2016

BANJIR KILAT - KERAJAAN SIASAT UNSUR RASUAH DALAM PROJEK PEMBANGUNAN DI IBU KOTA


Kuala Lumpur - Kerajaan akan menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dalam pembangunan projek-projek di ibu negara, khususnya yang membabitkan projek mega, sehingga menyebabkan kejadian banjir kilat baru-baru ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pihak berkuasa yang berwajib akan diminta menjalankan siasatan itu dan menyediakan laporan lengkap mengenainya bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Bencana Alam berkata pihak yang saling menuding jari dalam permasalahan itu juga akan diminta duduk bersama bagi mencari jalan terbaik untuk menangani isu berkenaan.

"Yang terbaik ialah menyelesaikan masalah rakyat ini dalam jangka segera dan dalam jangka panjang supaya ia tidak berlaku lagi. Tidak sepatutnya banjir kilat berlaku di Kuala Lumpur kerana sistem dan infrastrukturnya cukup baik.

"Mungkin ada permasalahan dari segi pengaliran air hujan berlebihan. Saya akan membantu kementerian dan jabatan berkenaan untuk selesaikan masalah ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga 2016 Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di Cheras.

Turut hadir Timbalan-timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Masir Kujat serta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/banjir-kilat-kerajaan-siasat-unsur.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...