Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 14 May 2016

Polis Britain Hina Laungan “Allahuakbar”



LONDON: Pihak polis Britain baru-baru ini telah menerima kritikan hebat selepas dikatakan menghina Islam gara-gara menggunakan laungan ALLAHU AKHBAR dalam latihan antikeganasan di sebuah pusat beli belah di Manchester.

Susulan itu, Penolong Ketua Polis Manchester, Garry Shewan telah tampil membuat permohinan maaf turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak boleh diterima.

“Senario untuk latihan disertai 800 sukarelawan bersama lelaki bertopeng berpakaian hitam tersebut adalah berdasarkan kepada serangan gaya kumpulan militan IS dengan menggunakan butiran dalam insiden sebelum ini untuk menjadikannya seperti situasi sebenar.

“Bagaimanapun, tindakan melaungkan ALLAHU AKBAR itu telah menyinggung orang Islam,” jelasnya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung Majlis Islam Britain (MCB), Miqdaad Versi berkata, tindakan polis Britain menggunakan kalimah tersebut dalam latihan anti pengganas berkenaan secara tidak langsung telah mengaitkan orang Islam dengan pengganas.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/polis-britain-hina-laungan-allahuakbar.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...