Kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan parti rasis dan cauvinis, DAP, akhirnya meluluskan penubuhan Jawatankuasa Transgender yang turut dianggotai Barisan Nasional (BN) dan PAS, bagi membela nasib golongan berkenaaan.
Jawatankuasa itu diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu. Anggota lain ialah Lim Siew Kim (DAP-Sungai Pinang); Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga); Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti) dan Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubok).
Pada 2014 lalu, Cheu pernah mengusulkan penubuhan Jawatankuasa Transgender itu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi menarik balik kerana tidak mendapat sokongan, malah wakil rakyat DAP sendiri menasihatkannya supaya menarik balik usul itu.
Dalam kenyataannya selepas Cheu menarik balik usul itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, tidak ada seorang Adun pakatan rakyat di negeri itu yang bersedia menyokong usul berkenaan.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, usul itu bukan pendirian DAP, tetapi hanya pandangan peribadi seorang Adun parti itu.
Adun BN yang menganggotai Jawatankuasa Transgender itu ialah Datuk Jaharah Hamid (Teluk Ayer Tawar); Shariful Azhar Othman (Bertam) dan Muhamad Yusoff Mohd Noor (Sungai Dua). Adun tunggal PAS di Pulau Pinang, Salleh Man, turut dipilih sebagai ahli jawatankuasa.
Memberitahu sebuah portal berita liberal selepas mesyuarat pertama jawatankuasa itu semalam, Cheu berkata, Adun daripada BN dan pakatan harapan menyokong penubuhan jawatankuasa itu.
Katanya, beberapa program akan diadakan bagi membantu golongan berkenaan, termasuk kempen mengasingkan tandas bagi transgender. - ismaweb
http://celahgelegar.blogspot.my/2016/05/bila-melayu-islam-lemah-bn-pas-sertai.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)
No comments:
Post a Comment