Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Razali at-Takiri menegaskan bahawa PAS bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO dalam perkara yang melibatkan bangsa Melayu dan umat Islam.
“Seperti yang telah ditegaskan oleh Presiden kami, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, PAS bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO dalam perkara yang melibatkan bangsa Melayu dan agama Islam serta perkara yang melibatkan kebajikan masyarakat di negara ini,” katanya.
Menurut Khairuddin, untuk mengukuhkan kerjasama itu, PAS sebagai parti pembangkang perlu diberikan hak yang sepatutnya.
“Kami sebagai pembangkang berharap agar diberikan hak apa yang patut diberikan hak kerana selalunya berlaku perbalahan antara pembangkang dan kerajaan adalah disebabkan ada yang merasakan mereka dizalimi dan tidak diberikan hak.
“Contoh, mungkin ada parti pembangkang yang tidak dibenarkan berkempen di beberapa kawasan, jadi mereka akan melawan bagi mendapatkan hak mereka,” ujarnya dalam persidangan Multaqa Perpaduan Ummah di sini hari ini.
Beliau turut menyelar tindakan sesetengah pemimpin politik yang menyertai politik semata-mata untuk mendapatkan kuasa untuk diri sendiri.
“Memang benar, semua orang yang berpolitik inginkan kuasa tetapi, perlu ada ahli politik yang bukan inginkan kuasa untuk diri sendiri tetapi kuasa yang digunakan untuk agama Allah SWT, umat Islam dan masyarakat di negara ini,” katanya
http://celahgelegar.blogspot.my/2016/05/dulu-kata-assobiayah-sekarang-pas-sedia.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)
No comments:
Post a Comment