Tren penumpang KTM dalam perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur bertembung dengan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Stesen Komuter Batang Kali jam 1.48 tengah hari tadi.
Difahamkan, seramai 510 penumpang terjejas dalam kejadian itu yang kini sedang dipindahkan ke lokasi selamat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan, insiden itu menyebabkan tiga penumpang cedera ringan.
“Setakat ini pihak kami sedang berusaha membawa keluar lebih 500 penumpang ke lokasi selamat.
“Hanya tiga daripada 13 gerabak terjejas dalam insiden ini,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan.
Sementara itu, KTM menerusi laman Twitternya memberitahu, disebabkan kemalangan itu jadual perjalanan komuter ke Tanjung Malim akan ditamatkan di Stesen Rawang.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/ets-bertembung-komuter.html
No comments:
Post a Comment