Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 7 May 2016

Kisah Penuh Inspirasi Bagaimana Pemuda Ini Berjaya Harumkan Nama Negara Di Seluruh Dunia



Semua orang pastinya memiliki bakat dan impian untuk membawa nama negara di peringkat dunia. Namun buat pemuda ini, impian dan bakat sahaja tidak cukup tanpa usaha keras yang tidak mengenal masa dan putus asa.

Zulfahmi Khairuddin atau lebih dikenali sebagai Fahmi di kalangan rakan dan peminat beliau adalah seorang pemuda yang memulakan impian beliau di atas jalanan sebelum berlumba di atas track atas faktor lebih selamat dan kemampuan untuk mengasah bakat dengan lebih terperinci.
Dari menunggang motorsikal berkuasa kecil, kini Fahmi mampu membawa motorsikal berkuasa 600c di kejohanan antarabangsa. Selain perbezaan menunggang 250cc di MotoGP atau 600cc di WSBK, cabaran yang lebih hebat adalah untuk mengharumkan nama negara di kalangan pelumba ternama dunia.

Kerana karier perlumbaan berasas di Sepanyol, mahu atau tidak Fahmi perlu bertutur dalam bahasa Inggeris atau Sepanyol dan khabarnya beliau kini mampu bertutur dengan fasih dan ianya memudahkan beliau untuk berkomunikasi dengan pasukan beliau.

Kalau dulu, makan spaghetti pun tidak namun sekarang sudah pandai masak. Bercerita tentang keadaan beliau yang duduk bersendirian di Sepanyol, Fahmi tidak segan mengakui yang ada masanya beliau rindukan tanah air juga keluarga namun itu semua cabaran buat diri beliau untuk terus mencipta nama.

Namun apabila mengenangkan tentang ramai lagi orang muda di luar sana yang banyak berkorban untuk masa depan yang lebih baik, Fahmi tidak lagi rasa keseorangan dalam perjuangan beliau untuk mengharumkan nama negara.

Fahmi menegaskan yang disiplin merupakan perkara paling utama dalam mengejar impian di dunia perlumbaan motorsikal ini. Sokongan dari peminat di Malaysia ketika berlumba juga turut membantu memberikan semangat yang lebih.

Pelumba negara ini pernah menduduki podium ketika perlumbaan tahun 2012 di Malaysia dan juga Valencia, Sepanyol.

Beliau tidak sabar untuk berlumba pada 13-15 Mei ini untuk pusingan WSBK pusingan Malaysia. Pastinya para peminat juga tidak sabar untuk melihat aksi pelumba kesayangan mereka di litar tempatan kelak.

Yang lebih penting, kontrak pusingan WSBK di Malaysia bakal berakhir pada tahun ini dan mungkin tiada lagi penganjuran WSBK di Malaysia pada tahun 2017 kelak. Kalau nak tengok tahun depan kena pegi Buriram di Thailand lah gayanya.

Jadi ini peluang anda untuk hadir dalam perlumbaan antarabangsa ini dan memberikan sokongan kepada wira negara. Jom #supportfahmi63!

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/kisah-penuh-inspirasi-bagaimana-pemuda.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...