Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 7 May 2016

Gambar kapal British yang timbul di Kuantan selepas 205 tahun gara-gara El Nino

Gambar kapal British yang timbul di Kuantan selepas 205 tahun gara-gara El Nino
Paras air sungai Pahang yang surut akibat fenomena El Nino menyebabkan objek besi dipercayai bangkai sebuah kapal yang tenggelam berdekatan Kampong Tanjung, Paloh Hinai dapat dilihat dengan jelas. Kapal lama tersebut yang dipercayai sebuah kapal dagang milik British dikatakan tenggelam sekitar tahun 1811. Penduduk mula menyedari kapal itu boleh jelas dilihat kira-kira dua minggu lalu ketika mencari etak di kawasan sungai berkenaan.
Sejak itu, kawasan kampung berkenaan mula menjadi tumpuan penduduk setempat juga dari kampung berdekatan. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Paloh Hinai, Abdul Rashid Abdul Rahman, memaklumkan penduduk kini mengambil kesempatan mendekati bangkai kapal yang digelar Kapal Belangkas itu. “Biasanya tak pernah nampak, kita hanya boleh nampak serombong kapal. Jadi bila kemarau air cetek kami boleh nampak bangkai kapal dengan jelas, dan ada antara kami pernah mendekati bangkai kapal itu,” jelasnya.
Gambar kapal British yang timbul di Kuantan selepas 205 tahun gara-gara El Nino
Beliau juga mengalu-alukan sekiranya pihak kerajaan negeri atau pihak muzium mahu menjadikan bangkai kapal sepanjang 30 meter itu sebagai khazanah negeri atau digunakan untuk tujuan penyelidikan. Sementara itu, Ahmad Abdullah, 84 tahun, berkata berdasarkan kisah sejarah penduduk, kapal dagang tersebut dipercayai dalam pelayaran dari Kuala Pahang menuju ke Lipis membawa beras, garam dan gula. Ia singgah dan berlabuh di kawasan itu untuk bermalam walaupun telah dimaklumkan penduduk bahawa kawasan itu tidak sesuai untuk berlabuh.
Kapal itu kemudiannya karam, namun kesemua 30 penumpangnya berjaya diselamatkan.
Ahmad memaklumkan kisah yang menimpa Kapal Belangkas itu disampaikan kepadanya oleh ahli keluarga terdahulu. -AP

http://www.lulu-pages.com/2016/05/gambar-kapal-british-yang-timbul-di-kuantan-selepas-205-tahun-gara-gara-el-nino.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...