Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 7 May 2016

[KISAH IMAM GAY] Strategi terbaru Puak KAFIR MENYESAT dan MENGELIRUKAN Umat Islam


Kisah seorang Imam dari Australia yang mengaku homoseksual yang kini menjadi viral di media sosial di negara itu ibarat bola tanggung buat umat Islam.
Menurut Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Australia, Dr. Shaiful Aizad Shafie, media barat dan liberal telah lama menantikan berita-berita sebegini untuk dipaparkan bagi memburukkan Islam.
“Bila ada seorang imam yang mengaku ‘gay’ secara terbuka, ini seolah-olah bola tanggung bagi media menjadikan modal besar (untuk memburukkan Islam).
Beliau turut menjelaskan bagaimana media musuh bermain dengan berbagai-bagai persoalan bagi megelirukan umat Islam tentang pengamalan homoseksual.
“Musuh memberi pelbagai persepsi sekiranya seorang imam yang paling faham agama pun boleh jadi ‘gay’, orang-orang Islam yang lain tidak boleh?
“Mereka juga menuduh orang-orang yang menolak ‘gay’ adalah kolot dan tidak meraikan fitrah manusia,” katanya lagi.
Di negara bukan Islam seperti Australia, imam merupakan seorang tokoh agama Islam yang tertinggi dan dihormati di satu-satu komuniti.
Dalam dokumentari yang disiarkan oleh stesen TV SBS Australia itu, Nur Warsame yang sebelum ini telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan itu berkata menyesuaikan kerohanian dan keseksualan adalah satu perjalanan hidup yang amat sukar.

Juga dipaparkan dalam dokumentari itu ialah Sophie Ismail, juga seorang ‘gay’ Muslim yang sering menganjurkan aktiviti untuk golongan LGBTQI Muslim.
“Saya bangga menjadi ‘gay’ dan Muslim, dan seronok bercerita tentangnya kepada orang lain,” katanya dalam dokumentari tersebut.
Mengulas isu yang sama, Ketua Biro Tarbiah Isma South Australia, Umar Faruq Muhamad Shamsudin pula berkata, musuh-musuh Islam merosak dan membunuh jiwa umat dengan pelbagai kaedah.
“Di Syria dan Palestin, umat Islam dibom dan dibunuh jiwa mereka oleh serangan-serangan jet pejuang musuh-musuh Islam.
“Di satu sudut dunia yang lain umat Islam dirosakkan minda dan cara fikir mereka melalui serangan-serangan ideologi melalui media-media liberal yang memaksa kita menerima idea-idea tentang Islam yang salah dan korup dan seterusnya menyebabkan kecelaruan identiti umat Islam itu sendiri,” jelasnya.
Dalam pada itu, Dr. Shaiful menggesa agar serangan persepsi oleh media musuh sebegini diperbetulkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan tentang ajaran Islam yang sebenar.
“Kalau ini tidak diperbaiki, jangan kita terkejut, mungkin nanti anak-anak kita pula yang menjadi tajuk berita ini juga,” katanya. - http://isma.org.my/
http://celahgelegar.blogspot.my/2016/05/kisah-imam-gay-strategi-terbaru-puak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...