Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 13 May 2016

Jeritan “Malaysia, Malaysia” bongkar misteri empat mangsa hanyut



“Malaysia, Malaysia.” Itulah perkataan keramat yang akhirnya membongkar misteri kehilangan empat orang termasuk tiga warga asing selama 10 hari selepas bot yang mereka naiki karam di perairan Kudat pada 2 Mei lalu.
Ketika harapan untuk menemui empat mangsa itu dalam keadaan hidup sangat tipis, rupa-rupanya mereka diselamatkan oleh nelayan Vietnam.

Mereka ialah pasangan warga Sepanyol, David Hernandez Gasulla, 29 dan Martha Miguel, 30 serta lelaki warga China, Tommy Lam, 44, dari China dan wanita tempatan, Armella Ali Hassan, 23.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Mohd. Zubil Mat Son berkata, pengesahan mengenai penemuan kesemua mangsa dibuat selepas pihaknya menahan sebuah bot nelayan warga Vietnam pukul 8.30 pagi semalam.

Katanya, bot berkenaan ditahan selepas didapati menangkap ikan secara haram di perairan negara, kira-kira 240 batu nautika dari perairan Kudat.

“Semasa pemeriksaan dibuat, pasukan kita ada mendengar perbualan melalui telefon oleh tekong bot berkenaan dengan rakannya di sebuah bot lain yang menyebut perkataan ‘Malaysia, Malaysia’.

Mereka 'disimpan' selepas diselamatkan oleh dua kapal nelayan Vietnam.

Kesemua mangsa ditemukan selepas kapal peronda KM Bistari milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal nelayan warga Vietnam kira-kira 270 kilometer dari perairan Labuan kira-kira pukul 8.30 pagi.

Ekoran penahanan itu, membawa kepada maklumat mengenai keempat-empat mangsa terbabit berada di atas dua buah kapal nelayan Vietnam yang lain.

Sebelum ini, kehilangan mereka menimbulkan tanda tanya selain disangka diculik oleh kumpulan pengganas ketika pulang dari Pulau Balambangan ke Simpang Mengayau pada 2 Mei lalu.

Difahamkan, tekong dan awak-awak dua kapal nelayan Vietnam itu ‘menyimpan’ kesemua mangsa dan tidak menghubungi pihak berkuasa negara kerana bimbang akan ditangkap ekoran menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Mohd. Zubil Mat Som berkata, sebaik sahaja ditahan anggota Maritim Malaysia yang menaiki KM Bistari, tekong kapal Vietnam terbabit telah menghubungi dua buah lagi kapal nelayan Vietnam yang ketika itu berada di persempadanan perairan Malaysia dan Vietnam.

“Ketika menghubungi rakannya, tekong terbabit ada menyebut nama Malaysia sebelum salah sebuah kapal nelayan yang dihubungi menyerahkan telefon radio satelit kepada seorang rakyat tempatan, Armella Ali Hassan.

“Armella kemudian memaklumkan melalui telefon radio satelit bahawa dia berada bersama Tommy di atas sebuah kapal nelayan warga Vietnam itu manakala pasangan suami isteri warga Sepanyol iaitu David dan Martha berada di atas kapal nelayan yang lain.

“Kita belum mengetahui punca sebenar kejadian itu sama ada mereka hanyut atau sebaliknya. Apa yang penting kesemua mereka selamat sampai ke Malaysia dan mendapatkan rawatan terlebih dahulu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Zubil memberitahu, berdasarkan rakaman percakapan dengan Armella, gadis itu memaklumkan kesemua mereka sihat dan selamat tetapi hanya mengalami kulit melecur akibat cuaca panas.

Menurutnya, jarak antara lokasi kehilangan mangsa dengan lokasi mereka berada iaitu di sempadan Malaysia-Vietnam adalah 450 kilometer manakala jarak lokasi kehilangan dengan salah sebuah kapal yang ditahan adalah 432 kilometer.

Ditanya mengapa kapal nelayan itu ‘menyimpan' mangsa dan tidak membenarkan mereka menggunakan telefon radio satelit, Mohd. Zubil tidak menolak kemungkinan kumpulan nelayan terbabit takut ditangkap akibat melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan ini.

Beliau memberitahu, dalam rundingan pertama dengan dua buah kapal yang ‘menyimpan’ kesemua mangsa, mereka enggan berpatah balik ke perairan Malaysia dan meminta pasukan keselamatan menuntutnya di Vietnam.

“Pada mulanya, pihak kedutaan Vietnam enggan menyerahkan keempat-empat mangsa. Bagaimanapun hasil rundingan pelbagai pihak termasuk Pusat Penyelaras dan Menyelamat Maritim (MRCC), pihak Vietnam akhirnya akur membenarkan kesemua mereka dituntut di perairan Vietnam iaitu di Pulau Amboyna Cay.

“Sehubungan itu, kapal KM Bistari dan dibantu oleh kapal KD Baung dari Tentera Laut Diraja Malaysia telah dikerah menuntut mangsa di Pulau Amboyna Cay. Setakat pukul 6 petang Khamis, kesemua mangsa telah selamat dipindahkan ke kapal KM Bistari serta dalam perjalanan ke Kota Kinabalu,” katanya.

Tambah Mohd. Zubil, kesemua mereka akan dibawa ke Kota Kinabalu dengan kapal KM Bistari atau menggunakan pesawat ringan bergantung kepada keadaan cuaca.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/jeritan-malaysia-malaysia-bongkar.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...