Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 13 May 2016

Orang Macam Ini Patut Diambil Tindakan Tegas......Tindakan kartunis zunar kritik PM malukan negara



KUALA LUMPUR - Tindakan kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau Zunar yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui karyanya pada satu pameran di Geneva, Switzerland disifatkan sebagai menghina pemimpin yang telah dipilih rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata selain memalukan negara, beliau tidak menolak kemungkinan wujud unsur gabungan yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri.

"Saya kesal dengan perbuatannya. Kalau ada pun perbezaan pendapat dan sebagainya, uruslah dalam Malaysia.

"Tidak salah jika kita berbeza pendapat, bahkan tidak salah juga jika tak setuju dengan pandangan kerajaan tapi kenapa perlu libatkan negara lain," katanya kepada pemberita selepas sesi meja bulat dan dialog kementerian berkenaan di sini hari ini.

Zunar mendapat perhatian netizen di laman sosial apabila menghina Perdana Menteri melalui karyanya.

Salleh berkata Malaysia adalah negara demokrasi yang tidak menyekat mana-mana pihak untuk memberikan pendapat namun perlulah secara berhemah.

Selain memberi gambaran negatif tentang masyarakat Malaysia kepada negara luar, tindakan seumpama itu juga dilihat mensabotaj ekonomi negara yang secara tidak langsung membantutkan keyakinan pelabur ke Malaysia. - Bernama

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/orang-macam-ini-patut-diambil-tindakan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...