AKHIRNYA polis menahan seorang lelaki yang didakwa mengeluarkan komen menghina Islam menerusi akaun Facebooknya di Kamunting, Taiping kira-kira 90 kilometer dari Ipoh hari ini.
Suspek dari Kampung Station, Kuala Kangsar ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira 10 pagi semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata polis turut merampas tiga telefon bimbit dan satu bag ‘pouch’ biru daripada suspek.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Pada hari Selasa, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan supaya suspek yang menggunakan nama ‘Gunalan Muniandy’ dikesan dan ditangkap dengan segera kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa biadap.
Khalid memberi arahan tersebut menerusi laman Twitternya.
“PCIRC @PDRMsia, kesan dan tangkap orang ini dengan segera.”, tulis Khalid.
Bersama ‘tweet’ tersebut, Khalid turut menampilkan bersama dua keping gambar yang memaparkan gambar dipercayai pemilik akaun tersebut dan juga keratan komennya.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/lelaki-muat-naik-status-bodoh-bangsat.html
No comments:
Post a Comment