Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 15 May 2016

LIM GUAN ENG DAP DEDAHKAN JASA BESAR KERAJAAN BN !!

Kepada sesiapa yang mengikuti politik parti chauvinis DAP dan Lim Guan Eng, kita tentu tahu betapa susahnya Setiausaha Agung DAP ini memuji atau menceritakan tentang kebaikan kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang sebelum beliau. 



Yang biasa kita baca ialah kroni tegar Lim Kit Siang ini kerap menyalahkan kerajaan BN ke atas apa sahaja yang beliau boleh salahkan. Tetapi kali ini, semasa satu program di Paya Terubong, Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menceritakan tentang jasa dan sumbangan besar kerajaan BN!

Ya betul. Lim Guan Eng memberitahu tentang projek pembangunan Lot 8813-8829, Mukim 13 yang berkeluasan 41.1 ekar. Kerajaan Negeri era BN pada 27 April 1987 telah memeterai perjanjian perswastaan dengan syarikat Bina Nusa Sdn. Bhd. untuk memajukan projek pembangunan bercampur di atas tanah itu.

Lim Guan Eng DAP mengaku bahawa komponen pembangunan asal yang terdiri daripada 1,570 unit rumah kos rendah dan 1.420 unit kos sederhana rendah berjaya disiapkan dan telah diduduki.Maksudnya, 2,990 keluarga di Paya Terubong telah terhutang budi kepada BN.

224 rumah kos sederhana rendah yang lain pula tertangguh kerana blok perumahan tersebut di atas tanah curam dan berbukit. Bagaimana pun, media melaporkan bahawa kompleks perdagangan 3 tingkat termasuk pembinaan pasar awam telah menghadapi masaalah sehingga hari ini kerana syarikat Bina Nusa telah diisytiharkan muflis.

Cuma yang menjadi persoalan sekarang ialah pembinaan di atas Lot 8824, 8825, 8826 dan 11511, Mukim 13, DTL yang terbengkalai ini akan diteruskan tetapi ianya tidak melibatkan tender terbuka padahal sebelum ini, kerajaan DAP negeri kerap mendabik dada kononnya mengamalkan tender terbuka?

Kerajaan DAP negeri twlah membuat rundingan dengan Syarikat Patsifit Construction Sdn. Bhd. yang turut terlibat dengan pemajuan asal projek ini.

"It will now be handed over to Bina Nusa’s contractor company Patsifit Construction.  
"The cost to revive the complex and to install the infrastructure is about RM8 mil.
Malah yang menjadi persoalan ialah berlakunya perubahan di dalam komponen pembangunan asal yang pada asalnya hanya 4 komponen kepada yang di bawah seperti yang dinyatakan oleh Lim Guan Eng.
Sekarang, lihat perubahan di dalam pembangunan yang dirancangkan: 


Jika kita lihat perubahan kompnen pembangunan yang berubah secara ekstensif, kenapa tidak ada tender terbuka seperti yang sering dilaung-laungkan oleh kerajaan DAP?


Lim Guan Eng dituntut untuk menjawab.

Isu pembangunan di tanah berbukit ini mengingatkan kita kepada kenyataan NGO HAKAM yang telah mengkritik dan memalukan Lim Guan Eng DAP secara terbuka. Ambiga Sreenevasan merujuk kepada kenyataan yang dibuat pada sidang akhbar Lim Guan Eng, sehari selepas satu forum awam mengenai pembangunan bukit di Pulau Pinang dianjurkan oleh NGO Forum Pulau Pinang.

Isunya alah kelulusan projek-projek pembangunan di atas tanah bukit - 250 kaki di atas paras laut dan / atau dengan cerun yang lebih daripada 25 darjah. Pembangunan adalah dilarang di atas tanah itu terdedah kecuali untuk "pembangunan terhad untuk projek-projek khas".

Baca : Ambiga vs Lim Guan Eng DAP!
HAKAM mendedahkan, Guan Eng DAP telah berkata bahawa pembangunan itu telah diluluskan oleh pentadbiran BN sebelumnya dan kononnya kerajaan DAP tidak meluluskan sebarang pembangunan tersebut.
https://www.malaysiakini.com/letters/330230

Guan Eng juga menuduh kononnya NGO "telah jatuh ke dalam perangkap maklumat salah yang dimainkan oleh BN dan beberapa media yang anti-kerajaan DAP.

Realitinya, maklumat Forum Pulau Pinang yang berkaitan dengan pembangunan di atas tanah bukit sensitif antara 2008 dan 2015 telah disediakan oleh exco kerajaan negeri kepada wakil-wakil di Dewan Undangan Negeri. Keputusan kerajaan DAP negeri baru-baru ini yang berkaitan dengan bantahan oleh pemilik tanah berkenaan dengan kelulusan projek-projek pembangunan juga mengesahkan bahawakebenaran merancang untuk perkembangan itu telah diberikan sepanjang tempoh kerajaan DAP.

http://hakam.org.my/wp/index.php/2016/02/13/press-release-on-penang-chief-ministers-statement-regarding-penang-forum/#more-5896

Dalam kes ini, permohonan itu dibuat oleh pemaju pada Mac 2011 dan diluluskan pada bulan Februari 2012 untuk pembangnan kondominium di atas tanah bukit sensitif di Sungai Ara. Ini menjelaskan sebab Forum Pulau Pinang menyatakan kebimbangan mereka kepada kerajaan DAP negeri.

Malangnya, sehingga ke hari masih tidak ada jawapannya!


DAP & RASUAH Tidak Dapat Dipisahkan

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...