Banyak cara boleh dilakukan untuk menyedarkan orang ramai daripada membuang sampah di merata-rata tempat. Salah satunya seperti yang dilakukan oleh penduduk Cibinong di Bogor, Jawa Barat. Mereka mengambil inisiatif memasang kain rentang dengan salah satu tulisan yang kelihatan agak ekstrem untuk dibaca. Kain rentang itu dipasang di beberapa lokasi strategik menuju ke pejabat daerah Cibinong.
Tribunnews.com melaporkan, setakat ini, dua kain rentang masing-masing berukuran kira-kira satu meter panjang dan 70 sentimeter lebar serta dua meter panjang dan satu meter telah ditemukan. Kain rentang pertama bertulis, ‘Ya Allah, Cabutlah Nyawa Orang-Orang Yang Buang Sampah di Sepanjang Jalan Ini’. Sementara itu, kain rentang kedua pula bertulis, ‘Orang Beriman Tidak Buang Sampah di Sepanjang Jalan Ini. Mari Sama-Sama Kita Jaga Lingkungan (Persekitaran) Agar Bersih dan Indah.’
Kedua-dua kain rentang itu dikesan dipasang di Kampung Sempora, berhampiran jalan menuju ke pejabat daerah Cibinong. Menurut seorang penduduk Kampung Sempora, Hendra, 29, kain rentang itu terpaksa dipasang kerana mereka kesal dengan sikap sesetengah individu yang gemar membuang sampah di jalanan. “Kalau semua orang sesuka hati membuang sampah di sini, memang wajar mereka didoakan seperti itu,” katanya. – TribunnewsBogor.com
http://www.lulu-pages.com/2016/05/ngerinya-tulisan-pada-kain-rentang-larangan-buang-sampah-ini.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29
No comments:
Post a Comment