Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 15 May 2016

Teresa Tuduh UMNO Upah 2 Ahli DAP Untuk Buat Onar



Senang betul jadi pemimpin DAP ni... Bila kena serang dengan ahli atau bekas ahli sendiri... Dorang akan tuduh serangan itu telah dibuat atas arahan Umno... Umno telah bayar ahli dan bekas ahli terbabit untuk menyerang pemimpin-pemimpin DAP.

Busuk betul perangai pemimpin DAP ni... Suka-suka hati jer tuduh parti lain yang upah untuk serang dorang... Ingat Umno ni jahat sangat ke?? Asal yang jahat atau buruk jer semuanya ada kaitan dengan Umno... Baik sangat ke pemimpin-pemimpin DAP ni??

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok perlu menghentikan tuduhan-tuduhan liar ini.... Bekas ahli DAP, Tony Tan Chee Chon dan Ramesh Rao yang menyerang Teresa Kok tidak mempunyai kaitan langsung dengan Umno... Umno pun tidak kenal siapa bekas ahli DAP yang menyerang Teresa Kok mengenai menyalahgunakan wang sumbangan awam DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Kalau Teresa Kok merasa diri tu telah difitnah oleh Tony dan Ramesh.... Teresa perlu membawa isu ini ke mahkamah dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan... Bukan menuduh mengatakan ini semua angkara Umno.

Teresa Kok pun pernah mengatakan dakwaaan penyalahgunaan wang sumbangan ini telah pun dijelaskan dan ia merupakan kes lama... Kalau dah kes lama, buat apa Umno nak jadi bodoh pergi upah dua bekas ahli DAP ini untuk mengungkit kes yang telah selesai... Pemimpin-pemimpin DAP boleh laa.... Pemimpin DAP memang jenis suka ungkit kes-kes yang telah selesai pun.

Diharap, Teresa Kok dapat mengubah sikap dengan tidak menuduh secara melulu bahawa segala serangan keatasnya telah dibuat oleh Umno... Teresa Kok perlu ingat bahawa dalam DAP, masih ada yang tidak menyukainya... Jadi,lebih baik Teresa Kok selidik terlebih dahulu sebelum sewenang-wenangnya menuduh orang yang tidak bersalah.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/teresa-tuduh-umno-upah-2-ahli-dap-untuk.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...