Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 28 May 2016

RUU: Takut Sungguh DAP Bila Melayu Beragama Islam Bersatu



Marah sungguh DAP apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Pindaan Kuasa Dewan Rakyat di hari terakhir sidang parlimen hari ini.

Sejurus selepas RUU itu dilulus untuk dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat akan datang, mereka berkumpul mengadakan sidang media, semata-mata untuk menunjukkan bantahan keras terhadap RUU berkenaan.

Seperti sedia maklum, RUU Persendirian Pindaan Kuasa Dewan Rakyat itu adalah bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud dan qisas di Malaysia.

Maksudnya, ia adalah langkah pertama yang perlu dilakukan untuk menjayakan agenda melaksanakan hukum hudud di negeri Kelantan nanti.

Apa yang menarik, DAP dalam sidang medianya mendakwa Barisan Nasional dan PAS bergabung bersatu dalam usaha menjayakan undang-undang jenayah Syariah berkenaan hudud dan qisas itu. Begitulah maksud Lim Guan Eng dalam sidang media yang diketuainya.

Apa masalahnya jika BN dan PAS bersatu hati tentang perkara yang membabitkan kepentingan agama Islam dan umatnya di Malaysia? Kenapa pula DAP cepat sangat melatah dan melenting? Takut sangat melihat bangsa Melayu beragama Islam di negara ini bersatu?

Sekiranya masyarakat Cina yang sudah terpengaruh dengan doktrin DAP yang bersifat ‘chauvinis ultra kiasu’ hingga ada di kalangan mereka yang bersikap rasis dan tergamak menghina Islam dan bangsa Melayu, apa salahnya jika kami bersatu tentang sesuatu yang membabitkan kepentingan agama kami?

Sejak dari awal lagi, Abdul Hadi menjelaskan bahawa hudud yang bakal dilaksanakan itu nanti tidak akan dikuatkuasakan perlaksanaannya terhadap masyarakat bukan Islam di Malaysia. Jadi, apa yang hendak DAP takutkan pada hudud tersebut?

Sejak bila Guan Eng dan rakan-rakannya masuk Islam? Sudah bersunat? Sudah mengucap kalimah syahadah? Apakah tujuan Guan Eng cuba campur tangan dalam hal ehwal dan kepentingan agama Islam dan umatnya di Malaysia? Cuba mencabar hak kami?

Guan Eng cuba takut-takutkan parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak? Untuk pengetahuan Guan Eng, rakan-rakan kami di sana tidak sebodoh yang dia sangkakan. Sila rujuk perlembagaan persekutuan dan senarai jadual-jadual di dalamnya. Tertera jelas tentang hak bagi negeri Sabah dan Sarawak yang punya keistimewaan berbanding semenanjung.

Tidak perlulah takut-takutkan rakyat bukan beragama Islam di Malaysia dengan RUU itu. Ia baru diperingkat awal dan dilulus untuk dibahaskan. Nanti berbahaslah sepuas hati di Dewan Rakyat. Jika RUU itu mendapat sokongan majoriti dewan, maka jangan marah…


http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/ruu-takut-sungguh-dap-bila-melayu.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...