Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 28 May 2016

Wahid Omar akan kembali ke sektor korporat selepas 4 Jun…



Masa berlalu tidak terasa.  Rupanya beberapa hari lagi sudah tiga tahun Datuk Seri Abdul Wahid Omar jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas kapisiti beliau sebagai Senator.

Tempoh jawatan Senator untuk satu penggal ialah 3 tahun.Tempoh beliau tamat 4 Jun ini.

Ikut peraturan seseorang itu boleh jadi Senator maksimum selama dua penggal yakni enam tahun.

Namun bekas CEO Maybank ini hanya mahu berkhidmat selama satu penggal sahaja.

Ini kerana beliau ingin kembali ke sektor koprat.

Abdul Wahid, telah dilantik sebagai anggota Dewan Negara bagi penggal pertama pada 5 Jun 2013 dan seterusnya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan Jumaat beritahu ketika menerima pelantikan itu pada 2013, Abdul Wahid berhasrat untuk hanya berkhidmat bagi satu penggal.

Perkhidmatan Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai anggota Dewan Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan berakhir pada 4 Jun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya menerima keputusan YB Senator Datuk Seri Abdul Wahid untuk kembali ke sektor korporat sebagaimana yang dipersetujui pada tahun 2013.

"Namun begitu, YB Senator Datuk Seri Abdul Wahid akan terus kekal sebagai Ahli Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh saya pada setiap minggu," katanya.

Najib berkata keputusan itu telah dimaklumkan kepada Kabinet hari ini dan beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Abdul Wahid di atas perkhidmatan dan sumbangan beliau.

"Saya yakin dan percaya YB Senator Datuk Seri Abdul Wahid akan terus memberi sumbangan terhadap usaha-usaha pembangunan negara," katanya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/wahid-omar-akan-kembali-ke-sektor.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...