KUALA LUMPUR: Istana Negara pada Khamis berkata, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan hanya satu nama bagi jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).
"Dimaklumkan, tidak ada nama lain selain daripada penama tersebut telah diangkat untuk diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda.
"Bagi maksud yang dinyatakan, Seri Paduka Baginda telah berkenan menandatangani pelantikan tersebut pada Selasa, 26 April 2016," kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wira Awang Kecik Abdul Rahman dalam kenyataan di sini, Khamis.
Sehubungan itu, katanya, dakwaan yang menyatakan berlakunya 'pusingan U' dalam urusan pelantikan jawatan itu adalah tidak benar sama sekali.
Kenyataan dari Istana Negara menyangkal laporan media asing mengenai berlakunya 'pusingan U' dalam pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor baru BNM bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, 68, yang akan bersara pada Sabtu ini.
Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Muhammad itu adalah untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei ini.
Najib berkata, pelantikan Muhammad mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/04/yang-di-pertuan-agong-berkenan-hanya.html
No comments:
Post a Comment