Semasa Kuli kalah tipis jawatan Presiden dengan TunM dulu sampai UMNO diharamkan maka ujud S46 disebabkan semua penyokong tegar Kuli ditapis dan dihalang dari menjadi ahli UMNO (baru), begitu juga selepas Anwar ibrahim di pecat maka tertubuhlah PKR yang ketika itu 100% dari ahli UMNO yg setia dengan DSAI masuk PKR .. UMNO terus berjalan tanpa mereka dan dipimpin dan oleh TunM tanpa ada orang2 tegar Kuli dan totok Anwar untuk menganggunya. Adalah mudah bagi TunM mengurus UMNO setelah musuh2 politiknya berada di luar parti.
Hari ini TunM pulak keluar UMNO dan TSMY, DSSA dan DSMM di lucutkan jawatan mereka .. tetapi mereka tidak bertindak membuat parti baru untuk menentang UMNO/Presiden sebabnya mereka ambil pengajaran yang S46 dan PKR hadapi ... bukan mudah dan adalah amat sukar untuk menentang UMNO dari luar dan mereka tau adalah lebih baik dan senang mereka kekalkan pengikut mereka dalam UMNO untuk terus menyerang Presiden dari dalam.
Setiuasi yang DS Najib Razak hadapi sekarang adalah jauh lebih sukar dibandingkan dengan apa yang TunM alami dalam krisis kepimpinan dia kerana musuh Presiden masih ada dalam UMNO dan mereka bebas menjadi 'musuh dalam selimut' atau menjadi 'gunting dalam lipatan' untuk mengalahkan Presiden UMNO!
DSN perlu berani bertindak keatas mereka yang menjadi 'duri dalam daging' ini kerana mereka akan terus menganggu gugat urusan tadbir urus kerja Presiden/PM sehingga cita2 mereka supaya DSN letak jawatan berjaya dan misi untuk membalas dendam mereka terhadap DSN tercapai.
Semua ini kerana perebutan kuasa untuk menjadi PM sebenarnya dan isu 1MDB, derma 2.6b, TPPA, GST dan sebagainya itu hanyalah isu yang boleh mereka gunakan untuk mengelirukan rakyat/ahli UMNO dengan memutar belitkan fakta untuk membangkitkan kebencian ahli UMNO terhadap DSNajib. isu2 berat seperti ni susah untuk rakyat dapatkan fakta dan mudah untuk rakyat ditipu jika mereka berjaya memusingkan fakta. matlamatnya ialah supaya rakyat dan ahli UMNO membenci DSN.
TunM walaupun diluar UMNO akan tetap merancang bersama mereka yang masih dalam UMNO untuk menjatuhkan DSN dengan mengunakan ahli UMNO sendiri ...
Apa pun diera rakyat sekarang penuh bermaklumat ini, DSN yakin beliau akan berjaya walaupun terpaksa melalui saat getir melawan fitnah dan tuhmahan.... cahaya dihujung terowong yang gelap telah mula kelihatan sebab itu TunM dengan kuncu2 nya semakin mengila.. pengalaman DSN telah mengajar dia erti perjuangan.
Selamat berpuasa dan dalam bulan rahmat ini kebenaran pasti menjelma. InsyaALLAH.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/agenda-tun-dr-mahathir-bin-mohamad.html
No comments:
Post a Comment