Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 28 June 2016

Rombakan Kabinet... sebelum ke selepas raya ?



Ramai yang dok tanya sana sini mengenai bilakah rombakan Kabinet diadakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dari bisik dan cakap mereka yang berada di koridor kuasa, very soon, cuma tak ada kepastian juga bila.

Ada yang kata rombakan, ada yang kata isi tempat kosong sahaja.

Ada banyak jawatan kosong, sekurang-kurangnya satu kementerian dan dua menteri bakal diisi.

Datuk Seri Douglas Uggah Embas melepaskan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri Sarawak manakala timbalannya Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak baru-baru ini.

Selain itu, rombakan kabinet kali ini juga akan mengisi dua kekosongan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dua jawatan tersebut ditugaskan adalah untuk menyelia unit prestasi kerajaan dipanggil Pemandu dan satu lagi bagi menyelia Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang masing-masing diselia sebelum ini oleh Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Idris meletakkan jawatan selepas tempohnya sebagai senator selama dua penggal berakhir manakala Abdul Wahid enggan meneruskan jawatan sebagai menteri kabinet selepas tempohnya sebagai senator selama satu penggal berakhir.

Kabinet kali terakhir dirombak 28 Julai tahun lalu menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan diganti dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, manakala Menteri  Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal digantikan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketika rombaklan itu, seramai tujuh Menteri dan sembilan Timbalan Menteri baharu telah dilantik.

Daripada tujuh menteri baharu itu, tiga merupakan timbalan menteri yang dinaikkan pangkat. Mereka ialah Datuk Hamzah Zainudin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).

Muka baharu ialah Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia).

Dua muka lama yang menyertai semula kabinet ialah Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II)


http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/rombakan-kabinet-sebelum-ke-selepas-raya.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...