Kekalahan pembangkang khusunya PAN di PRK berkembar, Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah dijangkakan ramai penganalisis, kecuali hanya jentera propaganda dan portal pro pembangkang sahaja yang sejak awal kempen gah mencanang konon PAN mampu membuat kejutan.
Keputusan rasmi yang diumumkan SPR sebentar tadi menyebut jumlah undi majoriti yang diperolehi BN di Sungai Besar berjumlah 9,191 undi. Itu lonjakan angka yang berpuluh kali ganda tingginya berbanding majoriti kemenangan 399 undi sahaja yang diperolehi pada PRU-13 yang lepas.
Majoriti 9,191 undi kemenangan BN di Sungai Besar itu hasil dari perolehan 16,800 undi menewaskan pencabar terdekat dari Parti Amanah Negara (PAN) yang memperolehi 7,609 undi dan PAS di tempat ketiga dengan 6,902 undi.
Bagi PRK Kuala Kangsar pula, BN mendapat 12,653 undi dalam pertarungan empat penjuru menewaskan calon PAS yang menerima 5,684 undi, PAN 4,883 undi dan calon Bebas 54 undi.
Majoriti kemenangan BN di Kuala Kangsar 6,969 undi. Pada PRU-13 BN cuma menang dengan majoriti 1,082 undi.
Jadinya, bila sepanjang kempen tempohari pemimpin pembangkang dari DAP, PAN dan PKR serta portal berita pro mereka heboh mencanang calon PAN mampu melakukan kejutan, kita kena akui ianya benar belaka.
Cumanya bukan kejutan PAN berjaya tawan dua kerusi Parlimen BN tersebut sebaliknya pemimpin dan penyokong PH terkejut sampai terkangkang sukar nak terima hakikat kemenangan BN cukup bergaya dibanding keputusan PRU-13 dulu.
Dan tentu sekali kita tak ingin lupa di sebalik kejutan ini, tentunya ramai teringin nak bertanyakan khabar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memandangkan beliau juga adalah antara soldadu upahan PAN dalam menggerakkan kempen propaganda dan cukup beriya-iya benar nak menewaskan BN sampai hilang deposit.
Apa khabar Tun? Boleh terima ke keputusan PRK berkembar ni? Apa sudah jadi dengan dakyah Tun sebelum ini yang mengisytiharkan dua PRK ini sebagai referendum penting sebagai bukti rakyat Malaysia menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak?
Kata Tun, kalau BN kalah maka DS Najib perlu letak jawatan Perdana Menteri atas alasan telah ditolak rakyat di kedua-dua PRK yang dikatakan mewakili suara rakyat Malaysia.
Takdir Illahi sekarang menunjukkan BN menang besar lagi bergaya, jauh sangat dari angan-angan Tun nak tengok BN hilang deposit. Pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar langsung tak termakan dakyah Tun. Jadi sekarang nak kira macam mana Tun? Nak kilas ikut celah mana pula?
Bulan lepas bila BN menang besar di PRN Sarawak, Tun kata itu bukan bukti sokongan rakyat kepada DS Najib. Kata Tun, dua PRK inilah bukti sebenar sejauh mana sokongan rakyat kepada DS Najib. Sekarang BN menang bergaya di dua PRK, apa pula Tun nak pusing lagi?
Tapi kot mana pun penulis percaya, Tun sebagai pakar propaganda nombor wahid yang tiada taranya, warga seusia Tun biasanya akan ada sahaja jawapan berbelit untuk setiap persoalan. Tak boleh belit ikut situ, boleh belit ikut sini, tak begitu Tun?
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/bn-menang-besar-prk-berkembar-mahathir.html
No comments:
Post a Comment