Kemenangan BN dalam dua pilihanraya kecil serentak Sabtu lalu banyak bergantung kepada kepercayaan orang ramai terhadap parti itu dan penolakan terhadap tipu helang pembangkang.
Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng berkata mengucapkan biarpun bekas Pedana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah berkempen secara aktif untuk pihak pembangkang, tetapi tidak memberikan sebarang kesan.
"Ini menunjukkan tanpa sokongan Tun Mahathir BN tidak terjejas. Kemenangan BN banyak bergantung kepada kepercayaan orang ramai terhadap BN dan penolakan terhadap helah penipuan pembangkang,"ujar beliau dalam satu kenyataan kepada Agendadaily.
Menurutnya lagi, sokongan pengundi Cina kembali kepada BN boleh dianggap sebagai satu referendum ke atas Hudud. Keputusan PRK menunjukkan bahawa pengundi Cina kecewa terhadap DAP kerana telah memperkasakan PAS dan PAN.
"Pembangkang kerap membangkitkan isu 1MDB dan RM2.6 juta di sepanjang tempoh berkempen tetapi gagal menarik perhatian para pengundi. Pengundi setempat lebih bimbang akan isu-isu tempatan seperti pembangunan setempat dan masalah nelayan di mana mereka mengharapkan cara penyelesaian," kata Liang.
Liang menekankan bahawa salah satu sebab utama yang membawa kepada kemenangan menyeluruh oleh BN dalam PRK adalah kegigihan BN mendekati para pengundi dan komited mencuba sedaya upaya untuk membantu mereka.
Ramai pengundi telah menyokong BN kerana BN sanggup menyelesaikan masalah kehidupan mereka.
Dengan itu, Liang menyeru para ahli Palimen dan Dewan Undangan Negeri BN supaya terus berkhidmat kepada orang ramai dan memfokus kepada masalah kehidupan mereka dengan berpegang kepada semangat mengutamakan rakyat.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/dap-hilang-kredibiliti-dikalangan.html
No comments:
Post a Comment