Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 17 June 2016

Era campurtangan politik Tun Mahathir dalam Proton sudah berakhir - PM



Datuk Seri Najib Tun Razak pagi Selasa melancarkan model terkini Proton Perdana dan menyifatkan ia tanda kearah pemulihan penuh Proton yang sebelum ini berada dalam keadaan tidak sepatutnya sekalipun menerima pelbagai bantuan dari kerajaan berjumlah RM14 billion sejak 1983.

Serentak dengan itu Perdana Menteri menegaskan  era campurtangan politik Tun Dr Mahathir dalam Proton sudah berakhir.

“Kini saya dengan gembira dapat kata bahawa terdapat perubahan yang ketara di peringkat pentadbiran atasan Proton. Campur tangan berunsur politik dalam pentadbiran era Tun Mahathir telah berakhir.

Menurutnya hasil pengajaran dari masa lampau langkah-langkah yang serius serta pembaharuan  dilakukan supaya syarikat itu kembali ke landasan yang betul dan mencapai potensinya sekali lagi.

Berucap pada majlis pelancaran itu di PICC Putrajaya ,Perdana Menteri berkata kerajaan yakin Proton boleh bangkit semula.

Najib mengimbas kembali bagaimana sejak penubuhan Proton pada tahun 1983 kerajaan  (lama semasa zaman Tun Mahathir) telah beri pelbagai geran dan bantuan berjumlah hampir RM14 billion.

“(Sebaliknya) Proton kini tidak berada dalam kedudukan yang sepatutnya,”katanya.

Perdana Menteri berkata satu ketika dahulu ketika awal pelancaran ramai yang percaya Proton dapat melakukan apa sahaja kerana Kerajaan akan sentiasa mempertahankannya.

"Permohonan bantuan tunai segera dari Proton menunjukkan terdapat banyak kesilapan struktur dalam syarikat. Ada yang berlaku sejak lama dulu. Ada yang bertanya sama ada model perniagaan sejak awal menjadi punca kesilapan. Ada sesetengah pihak beranggapan Malaysia bukan pasaran yang cukup besar untuk menjadi pembuat sebuah kereta nasional.

“Proton memang berjaya berkembang. Tidak dinafikan. Tetapi sebab utamanya kerana banyak dibantu Kerajaan. Industri kereta kita berkembang kerana dipayungi Kerajaan yang mengenakan kuota ke atas saiz enjin dan duti tinggi ke atas kereta negara dari luar negara," katanya.

"Dua kilang dibina dengan kemampuan menghasilkan 400 ribu unit setahun. Tetapi tahun lalu Proton hanya berjaya menjual 102 ribu unit.

"Berlaku terlalu banyak campurtangan politik dalam strategi dan pengurusan kakitangan dan model perniagaan. Kita dapat melihat hasilnya awal tahun ini. Syarikat pembuat kereta yang sepatutnya menjadi kebanggaan negara telah berdepan dengan masalah yang amat rumit.

"Kerajaan terpaksa bantu untuk melindungi pekerja di negara ini,  keluarga yang bergantung kepada Proton, serta pendapatan dan punca pencarian rakan-rakan niaga syarikat. Kita tidak akan berhenti membantu pekerja dan pembekal Malaysia. Kita akan sentiasa berjuang untuk memastikan tiada yang terpinggir.

Najib berkata dia berharap Proton menggunakan sebaiknya pinjaman RM1.5 billion dari Kerajaan yang diluluskan April lalu untuk membayar komponen yang telah dibekalkan.

Beiau mahu Proton memberi perhatian kepada masalah struktur dalaman syarikat.

"Inilah masa untuk belajar dari kesilapan dan mengambil langkah serius untuk memulihkan kembali potensi syarikat. Ia bermula dengan persetujuan Kerajaan untuk membantu.

"Syaratnya Proton mesti memenuhi standard pengurusan profesional dan memastikan ia mempunyai model perniagaan yang mampan serta mendapatkan rakan niaga strategik dari luar negara secepat mungkin."

Sehubungan itu katanya Kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk membantu Proton.

Jawatankuasa itu akan dianggotai wakil dari sektor swasta dan awam yang mempunyai pengalaman luas dalam kewangan, perniagaan dan pemasaran.

Ia dikemudi oleh Datuk Seri Idris Jala. Antara peranan utamanya ialah mengenalpasti rakan niaga strategik dari luar negara.

Najib turut mengumumkan sebelum pelancaran, Proton telah menerima tempahan sebanyak 900 unit untuk model baharu itu.

Kereta Proton Perdana ini dipasarkan dalam dua varian iaitu 2.0 dan 2.4. Ia menampilkan kereta sedan eksekutif yang sofistikated serta bergaya.

Harga jualannya ialah RM113,888 dan RM138,888 bagi varian 2.0 dan 2.4.

p/s :  Rakyat Malaysia Dipaksa Beli Proton Dengan Harga BMW


Kalau kita ingat balik, Proton yang pertama keluar di pasaran berharga RM13k -15k sebijik. Mengapa Proton pertama harganya murah? Kerana itulah sebenarnya harga pasaran Proton Saga, yakni di sekitar RM 15-20k

Tapi, bila kita pergi ke tahun 1990an, kita lihat harga sebijik Proton Wira adalah dalam julat RM55k ke RM60k. Yakni, hingga tiga kali ganda harga Proton yang mula-mula keluar. Mengapa perkara ini boleh berlaku?

Pada tahun 1987, 4 tahun selepas Proton ditubuhkan, Proton telah hampir bankrap. Proton tidak dapat bersaing hatta di dalam Malaysia sendiri. Kilang Proton pada masa itu terpaksa diperlahankan pengeluaran sehingga terpaksa beroperasi tidak lebih 6 jam sehari akibat rendahnya permintaan terhadap Proton.

Pada masa itu,Tun telah panik. Maka, demi menyelamatkan Proton,Tun telah menaikkan cukai eksais ke atas semua kereta impot sebanyak 200-300%. Akibat dari ini, nilai purata kereta di Malaysia naik melambung.Perkara ini dilakukan oleh Tun kerana apabila harga kereta lain TERLAMPAU TINGGI, maka hanya Proton sahaja yang dijual dengan harga yang paling murah dalam pasaran Malaysia.

Akibatnya, harga Proton Saga sendiri naik dua kali ganda dari harga pasarannya yang sebenar.Rakyat Malaysia terpaksa membayar harga Proton Wira di tahap harga BMW. Hakikatnya, kalau Tun tidak menaikkan cukai import,dengan Rm60k rakyat Malaysia mampu membeli sebuah BMW ketika itu.
Tapi sebab Tun berdegil jugak dengan idea gila Tun, maka terpaksalah rakyat Malaysia membeli kereta Proton yang tidak berkualiti dengan harga sebuah BMW.Inilah penipuan Tun yang paling besar kepada rakyat Malaysia.

(kata-kata dalam status di atas di pinjam daripada sahabat saya di Facebook, https://www.facebook.com/lamkii?fref=nf.  Semoga Proton bangkit semula daripada kegagalan daripada kisah kisah....In Shaa Allah, Amin.)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...