Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 17 June 2016

Teruk Mahfuz Dibahan Penyokong PAS…



Kasihan benar penulis pada Datuk Mahfuz Omar. Teruk dia dikerjakan penyokong PAS di laman Facebook ekoran kenyataan akhbarnya yang berbaur sindiran terhadap kepimpinan partinya sendiri baru-baru ini.

Jika orang UMNO yang menempelaknya, boleh tahan lagi. Tapi kalau penyokong parti sendiri semakin dapat menghidu ‘keharuman’ dan ‘kemanisan’ yang ada pada Mahfuz, maka nampaknya Mahfuz perlu guna taktik lain.

Mahfuz dalam kenyataannya konon menggesa supaya PAS segera bersatu dengan UMNO. Tapi kenyataannya itu memang jelas sangat menyindir kepimpinan PAS yang cuba mencari titik pertemuan dengan UMNO untuk membentuk kerjasama.

Antara nama yang disebut Mahfuz adalah nama anak Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat. Punyalah mahu sindir Nik Abduh, sampai nama bapanya pun ditukar menjadi ‘Nik Mat. Penulis orang UMNO, tapi penulis pun tahu Nik Abduh itu anak Nik Aziz, bukan Nik Mat. Nik Mat itu datuknya!




Biarpun Mahfuz boleh dikategorikan sebagai veteran di dalam PAS, namun penulis melihat beliau masih lagi tidak faham tentang ruh perjuangan PAS. Dia seolah terikut-ikut dengan perjuangan Mat Sabu yang kini bertukar baju, bangga berbaju berwarna oren.

Mahfuz masih mengejar kuasa politik? Tahukah dia bahawa ruh perjuangan PAS itu tidak memandang jawatan dan kuasa politik? PAS hanya mahukan redha Allah kerana matlamat sebenar mereka adalah akhirat. Itu pun tak boleh faham? SRP dapat berapa ‘aggregate’ dulu?

Ditempelaknya PAS kerana memakai pakaian ala hulu balang Melayu? Apakah ada hadis atau ayat Al-Quran yang melarang PAS untuk memakai baju bangsanya sendiri? Apakah PAS wajib memakai jubah dan lebai berwarna hijau putih saja?

Ikut suka PAS mahu pakai baju apa pun, asalkan menutup aurat. Kalau Mahfuz mahu pakai dotti sekali pun ketika berkempen deklarasi Mahathir-Kit Siang, maka terserahlah asalkan menutup aurat. Berbaju ala hulubalang Melayu pun tidak kena di mata Mahfuz? Terdedah auratkah pakaian itu?

Mahfuz memetik lirik lagu Sweet Charity, ‘jangan tunggu lama lama nanti lama lama dia diambil orang’ untuk menyindir partinya sendiri? Mungkin lirik itu lebih tepat untuk dirinya sendiri. Pesan penulis, ‘jangan tunggu lama-lama Datuk, nanti habis jawatan Mat Sabu beri pada orang lain’, kan?

Maka tidak hairanlah jika ada orang PAS yang kata jika Kelantan ada Husam Musa, maka di Kedah ada Mahfuz Omar. Apa pun kita tunggu pada PRU ke-14 nanti. Akan bersalin kulitkah dia atau akan menjadi ‘melukut ditepi gantang’, merayu mahu dicalonkan PAS?

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/teruk-mahfuz-dibahan-penyokong-pas.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...