Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 8 June 2016

Guan Eng gelar PAS ‘BN celop’...



Rasa marah Lim Guan Eng pada PAS sudah tidak dapat dibendung.Ini kerana beliau menilai PAS tidak tibai langsung Barisan Nasional dalam muktamarnya yang diadakan di Kota Bharu.

Maka Ketua Menteri Pulau Pinang itu sudah beri gelaran baru pada PAS iaitu ‘BN celop’.Sekalipun kini sudah tidak kawan lagi dengan PAS ,beliau seolah mahu PAS terus ikut telunjuk Pakatan yakni hentam dan terus hentam apa saja yang didakwa tak betul dalam BN.

Guan Eng meluahkan rasa tidak senang pada Muktamar PAS dalam ucapan di majlis memperkenalkan calon Amanah yang mewakili Pakatan untuk pilihanraya kecil Kuala Kangsar di Kuala Kangsar Khamis malam.“Kita sekarang lawan dua parti pemerintah…satu BN…satu lagi BN celop’,katanya.

Tanpa sebut nama parti Guan Eng mempersoalkan bagaimana muktamar sebuah parti pembangkang ( yang sedang muktamar sekarang parti PAS) hentam parti-parti pembangkang lain“Skandal-skandal BN tak sebut langsung.IMDB dilupakan ,GST tak kaitkan.Jangan kritik parti pemerintah BN…semua kawan.

“Yang jahat DAP...Amanah…sikit-sikit PKR.Apa yang kita buat salah ini sampai digelar babi…lagi (dakwa) saya bagi arak pada Mat Sabu,”katanya.Dakwanya parti itu kini guna taktik UMNO buat fitnah dan cetus kebencian pada DAP.Guan Eng kemudiannya mendakwa kerajaan pimpinannya buat banyak untuk orang Islam di Pulau Pinang.

Beliau beri contoh kerajaan negeri bagi tanah bina Mahkamah Syariah di kawasan strategik di Jalan Scotland yang bernilai RM80 juta.Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam ucapan dasar di muktamar PAS antara lain kata parti itu nak ubah cara berpolitik lebih matang.yakni tidak hanya membangkang apa saja yang dibuat kerajaan.

Katanya PAS tidak akan bantah apa-apa yang baik untuk rakyat yang dilaksana kerajaan.
PAS juga katanya hendak berperanan memberi penyelesaian kepada apa-apa kekurangan berasaskan pendekatan Islam sama ada bidang ekonomi,politik atau sosial.Selain itu minta ahli PAS hindar tindak tanduk menghukum tanpa fakta sahih.“Laungan kasar dan menghukum tanpa fakta yang sahih sehingga bertentangan dengan hati budi psikologi masyarakat Malaysia mestilah dihindarkan.

“Kalau pemimpin yang pa­ling kejam dalam dunia (Firaun) Allah menyuruh Nabi Musa dan Nabi Harun berlembut, pemim­pin-pemimpin yang lain tak sampai ke taraf Firaun, mengapa kita berkeras dengan mereka, ini adab yang diunjurkan oleh Allah.

“Imej ini mesti dibawa oleh pemimpin PAS di semua pering­kat, ceramah, kuliah, sidang akhbar, ucapan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri hendak­lah berlandaskan ilmu,” katanya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/kurang-ajar-betul-tokong-niguan-eng.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...