Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 8 June 2016

Wanita PAS Lebih Berani, Cabar Putuskan Hubungan Dengan PKR



PAS disaran mengkaji semula Tahalluf Siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam semua pilihan raya akan datang.

Usul tersebut dibawa oleh Dewan Muslimat Kedah dalam Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-56 di Kota Bharu hari ini dan ia diterima tanpa bahas oleh perwakilan.

Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Salamiah Mohd Noor yang mengumumkan perkara itu menyatakan usul tersebut akan dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk tindakan susulan.

Usul itu menyatakan PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS apabila mengadakan hubungan kerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN), yang jelas menuduh serta memfitnah PAS dengan pelbagai dakwaan tidak berasas.

Rafizi Membuat Pengakuan Memiliki "Video Panas", Milik Siapa?

Menurut usul itu, bermula langkah Kajang sehinggalah konspirasi menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pandangan dan pendirian PAS tidak dihormati selain kesucian Pakatan Pembangkang dicemari dengan perancangan tertentu di luar pengetahuan PAS.

"Walaupun ada segelintir pemimpin PKR yang menghormati pendirian dan pandangan PAS namun rentetan isu sebelum ini memperlihatkan parti itu lebih selesa mengambil keputusan tanpa berbincang atau mengambil kira rakan tahallufnya berhubung hal-hal berkaitan.

"Sedangkan PKR banyak bergantung harap kepada PAS untuk menggerakkan jentera terutama menjelang pilihan raya.

"Memandangkan sejak kebelakangan ini, Pas dilihat bergerak secara bersendirian dan bersikap berdikari dalam menangani isu-isu politik dan masalah, maka adalah lebih baik dalam pilihan raya akan datang kita bertanding di semua kerusi tanpa bekerjasama dengan parti-parti lain," kata usul tersebut yang tertulis di dalam Buku Usul.

Sementara itu, dalam sidang media, Salamiah berkata usul itu mempunyai kaitan dengan beberapa tindakan yang dibuat oleh PKR termasuk ketika Pilihan Raya Negeri di Sarawak baru-baru ini.

PKR telah meletakkan calon sedangkan PAS telah sedia bertanding di kawasan tersebut dan ia dilihat sebagai pertembungan yang tidak wajarnya.

Tambah beliau, usul tersebut dijangka diserahkan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor 18 Jun ini.

PAS dilihat seperti sorang munafik apabila membuat keputusan 'berpilih' dalam hubungan politik sesama pembangkang. Dengan DAP, PAS nampak begitu garang tetapi dengan rakan karib DAP, iaitu PKR, PAS dilihat tidak mampu mendongak kepala dan membisu seribu bahasa.

Apakah PAS sedang mengcatur dan mengatur projek di Selangor untuk tabung poket masing-masing?

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/wanita-pas-lebih-berani-cabar-putuskan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...