Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 8 June 2016

PUTERI UMNO SAMBUT BAIK ANJAKAN PARADIGMA POLITIK PAS



Putrajaya, 2 Jun 2016 – Ketua Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengucapkan tahniah dan menyambut baik, ucapan Datuk Seri Hadi Awang dalam ucapan dasar beliau sebagai Presiden PAS di Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-62 di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa mengenai anjakan paradigma baru dalam politik PAS.

Wanita muda melihat ianya satu langkah dan tindakan yang professional dan positif dari pihak PAS terhadap keterbukaan berpolitik secara realistik, matang, tidak mencaci satu sama lain demi keharmonian dan keamanan ukhwah sesama rakyat.

Sudah sampai masanya kedua parti politik ini sama-sama bertoleransi dan berganding bahu memupuk perpaduan demi pembangunan umat islam di Malaysia.

Bertepatan dengan gesaan Allah SWT dalam Surah Al Maidah, Ayat 2 yang bermaksud : "..dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan permusuhan.."

Demi keharmonian dan kesejahteraan bangsa dan tanah air, wanita muda sedia bekerjasama dalam perkongsian idea dan kepakaran untuk memajukan bangsa melayu dan umat islam khususnya.

Dan Puteri Umno juga percaya, kesan dari toleransi ini, mampu mewujudkan susana persekitaran politik yang lebih intelektual dan santun sebagaimana adab yang diwariskan oleh datuk nenek kita dahulu.

“Suka saya tekankan di sini, jadikan Rasulullah dan para sahabat baginda sebagai role model, in shaa Allah, perjalanan hidup kita dari semua aspek akan tersusun dan mendatangkan berkat.." katanya mengakhiri perbualan.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/puteri-umno-sambut-baik-anjakan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...