Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 18 June 2016

Individu persoal status halal McDonald's minta maaf



Individu yang memulakan dakwaan di laman sosial dengan mempersoal status halal produk McDonald's Malaysia telah mengakui kesilapannya selain memohon maaf kerana menyebarkan dakwaan itu.

Menurut kenyataan McDonald's Malaysia hari ini, syarikat makanan segera itu meminta wanita itu mengambil iktibar daripada kesilapannya dan lebih berhati-hati dalam memeriksa sebarang maklumat sebelum menyebarkannya.

Ia berkata ini susulan usaha McDonald's menghubungi sendiri individu berkenaan.

Kenyataan itu turut memaparkan surat permohonan maaf yang dihantar individu berkenaan. Bagaimanapun, identiti dan butiran peribadi individu itu tidak didedahkan.

Menurut syarikat itu pada Mei 2016, ia mengeluarkan kenyataan bagi menepis dakwaan yang disebarkan di media sosial sebelum ini tentang punca penghentian jualan produk 'Quarter Pounder with Cheese'.

"Kami mendapati dakwaan itu kembali disebarkan, dan kami ingin menegaskan bahawa tidak benar sama sekali dakwaan itu yang mempersoal status halal kami," kata kenyataan itu.

Ia berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan bagi meyakinkan pengguna tentang status halal McDonald's Malaysia.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/individu-persoal-status-halal-mc.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...