Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 18 June 2016

Tsunami biru... BN menang bergaya di Kuala Kangsar dan Sungai Besar



Keputusan kiraan cepat menunjukkan Barisan Nasional (BN) menang berkali-kali ganda dari majoriti terdahulu di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Kiraan tidak rasmi menunjukkan BN mengekalkan kedua-dua kerusi tersebut dengan majoriti yang selesa.

Di Sungai Besar, kiraan tidak rasmi adalah BN mendapat 16.801 undi, diikuti PAS dengan 9643 undi dan PAN 5909 undi.

Di Kuala Kangsar, kiraan adalah BN mendapat 12.086 undi dengan PAS mendapat 7633 undi dan PAN 3,270 undi.

Di Kuala Kangsar, BN menang di kawasan Jerlun (salah satu dari tiga tempat Tun Mahathir Mohamad berkempen), yang mempunyai 85 peratus pengundi Cina. Parti itu mendapat 568 undi (52.3 peratus).

PAN hanya menerima 415 undi (38 peratus) daripada 1,086 undi. PAS pula hanya mendapat 88 undi.

PAN kalah di kesemua saluran kepada BN.

Jerlun, kira-kira 10 minit dari bandar Kuala Kangsar, adalah kawasan majoriti Cina terbesar di kawasan parlimen itu.

Sementara itu, di Sungai Besar Ketua UMNO Bahagian, Datuk Jamal Yunos mengisytiharkan kemenangan BN kira-kira jam 7.20 tadi.

Beliau menghantar mesej menerusi kumpulan WhatsApp BN memaklumkan perkara itu.

"Kita menang. Bakar mercun di bangunan baharu UMNO di Sungai Besar. Terima kasih dan tahniah kepada BN kerana memenangi PRK P093 Sungai Besar," tulis beliau.

PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Budiman Mohd Zohdi yang juga Adun Sungai Panjang; calon PAS, Dr Abdul Rani Osman merangkap Adun Meru dan PAN diwakili Azhar Abdul Shukur.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/tsunami-biru-bn-menang-bergaya-di-kuala.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...