Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 18 June 2016

[TAHNIAH PAS BANTU BN] BN MENANG di #PRKKualaKangsar dan #PRKSgBesar


KUALA KANGSAR, Sabtu – Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar sehingga semua 23 pusat pengundian ditutup tepat jam 5 petang tadi adalah sebanyak 71 peratus.
Pegawai Pengurus PRK Kuala Kangsar, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria berkata, peratusan berkenaan adalah rendah berbanding sasaran 75 peratus yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk PRK Kuala Kangsar.
“Peratus ini rendah mungkin disebabkan ramai pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi memandangkan sekarang bulan Ramadan,” katanya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, peratusan keluar mengundi di Parlimen Kuala Kangsar adalah 84.3 peratus.
Beliau berkata, peratusan keluar mengundi sebanyak 71 peratus itu merangkumi pemilih biasa dan pengundi awal yang telah menunaikan tanggungjawab mereka pada 14 Jun lepas.
Katanya, terdapat 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi bagi PRK Kuala Kangsar dengan 32,632 adalah pengundi biasa, 312 (pengundi awal) dan lima lagi pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.

http://celahgelegar.blogspot.my/2016/06/tahniah-pas-bantu-bn-bn-menang-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...