KUALA KANGSAR - "Pengalaman membantu ibu ketika berkempen sehingga meraih kemenangan merupakan kenangan yang luar biasa".
Demikian kata anak sulung Datin Mastura Mohd Yazid, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada sidang media bersama ibunya di kediaman mereka hari ini.
Beliau berkata, kemenangan ibunya itu juga membuktikan bahawa rakyat masih terus mempercayai perjuangan arwah bapanya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
"Perjuangan kami membantu ibu berkempen adalah untuk memastikan kesinambungan apa yang arwah papa lakukan.
"Kami ucapkan terima kasih buat penduduk Kuala Kangsar," katanya.
Dalam pada itu, Wan Emir Astar berkata beliau bersama tiga adiknya selepas ini akan meneruskan kerjaya masing-masing disamping terus menyokong kerjaya ibu sebagai ahli politik.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/inilah-kuasa-ilahianak-mastura-anggap.html
No comments:
Post a Comment