LAMAN sosial sejak beberapa hari ini dipenuhi dengan ‘pertengkaran’ antara netizen berhubung isu status halal sebuah restoran di Korea. Menurut status yang dimuat naik pengguna Facebook, Bella Azemi, restoran itu yang dikatakan halal, sebenarnya tidak halal kerana turut menyediakan hidangan daging babi.
Status itu secara tidak langsung menjadi satu bentuk seruan Bella kepada masyarakat Islam, khususnya yang menetap di Korea, agar tidak terpedaya dan tidak lagi makan di restoran tersebut.Namun hujah Bella tidak dipersetujui sebilangan masyarakat Malaysia yang pernah berkunjung atau sedang menetap di Korea. Seorang pelajar, Amirussalam Aswadi, menafikan hujah berkenaan atas alasan mereka (pelajar) tidak punya banyak pilihan makanan di Korea, selain kesukaran mencari makanan halal.Justeru, konsep rukhsah diamalkan untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan dengan selesa.
Rukhsah, dalam Islam, merujuk kepada kemudahan atau keringanan yang diberikan atas beberapa alasan tertentu. Aktivis dakwah dan penceramah bebas, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, ketika dihubungi memberitahu, konsep rukhsah sepatutnya diamalkan dalam keadaan yang betul-betul darurat. “Dalam situasi pelajar di sana, mereka masih ada pilihan lain dan bukan berada dalam keadaan darurat. “Mereka perlu berusaha untuk mencari pilihan lain terlebih dahulu, sebelum memilih untuk mengambil pendekatan rukhsah,” katanya.
Dalam masa yang sama, Syed Abdul Kadir meminta umat Islam di sana merujuk jabatan agama Islam di negara terbabit terlebih dahulu, untuk mendapatkan status makanan dan restoran halal yang lebih terperinci. -Awani
http://www.lulu-pages.com/2016/06/isu-status-halal-sebuah-restoran-di-korea-ini-respon-seorang-ustaz.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29
No comments:
Post a Comment