Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 22 June 2016

Mahathir tak pernah kalah... tapi kali ini sebaliknya - Musa Hitam



Menjadi orang nombor dua kepada Tun Mahathir Mohamad selama enam tahun pertama beliau sebagai Perdana Menteri menjadikan Tun Musa Hitam arif tentang perangai bos lamanya.

Musa sendiri 'dipaksa' letak jawatan dan secara bergurau pernah memberitahu nasibkan akan serupa Datuk Seri Anwar Ibrahim (tuduhan seks luar tabii) jika tidak letak jawatan.

“Saya melihat Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah kalah dalam perjuangannya sebelum ini. Kalau dia (Mahathir) turun pasti akan berjaya. Tetapi kali ini lain pula yang terjadi,” tambahnya.

Beliau memberitahu, hanya pasukan kuat dari segi kewangan dan bersatu seperti BN mampu untuk membangunkan serta membawa perubahan kepada negara.

“Pembangkang hanya berani cakap besar, seolah-olah indah rupa daripada berita,” katanya.

Jelasnya, isu-isu besar yang dimainkan oleh pembangkang sebenarnya memakan diri sendiri sehingga menyebabkan mereka kalah teruk di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kata Musa.

Dengan kemenangan menaksubkan ini, kata Musa beliau akan memanggil pilihanraya umum tahun depan jika dirinya adalah Perdana Menteri.

"Pilihanraya kecil serentak ini diadakan di tengah-tengah serangan besar (pembangkang) ke atas kerajaan BN dan pemimpinnya. Ini tidak pernah dihadapi oleh BN (dalam pilihan raya sebelumnya). Selain itu, UMNO dan BN tidak stabil secara dalaman.

"(Tetapi) UMNO masih menang dengan majoriti undi yang tidak dijangka," katanya.

BN memenangi Sungai Besar dengan majoriti 9191 undi dan di Kuala Kangsar dengan majoriti 6969 undi.

Musa berkata BN perlu memanfaatkan momentum yang dihasilkan oleh pilihanraya kecil itu dan mengadakan pilihanraya umum tahun depan selepas mendapat sokongan besar.

Beliau juga menyatakan pembangkang kurang bersatu dan kehilangan arah berbanding pilihan raya umum 2013, apabila tiga parti bersatu di bawah Pakatan Rakyat.

Dalam keadaan itu, beliau berkata pembangkang hanya boleh bergantung kepada  Mahathir untuk mendekati rakyat kerana pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam penjara.

Hasilnya, beliau berkata, strategi ini tidak dapat berfungsi dengan berkesan.

Beliau berkata mesej yang dihantar oleh Mahathir semasa berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah terlalu besar untuk diserap pengundi.

"Jika anda tanya kepada saya, saya akan menggesa mereka yang sudah tua tidak terus melibatkan diri dalam politik," katanya.

Beliau berkata, isu-isu seperti 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) yang ‘dimainkan’ oleh pembangkang ketika berkempen pada PRK tidak memberi sebarang kesan kepada pengundi-pengundi dari kampung yang kebanyakannya tidak faham.

“Isu yang dibawa oleh BN pula sangat mudah, isu-isu ‘kampung’ seperti masalah jalan, sekolah, pendapatan dan pekerjaan membuatkan pengundi cepat faham,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran Festival Seni Yayasan Sime Darby yang diadakan selama dua hari bermula 20 Ogos ini secara percuma.

Terdahulu Musa yang juga Pengerusi Yayasan Sime Darby ketika berucap memberitahu, festival yang bertemakan Pendidikan Seni dan Masa Depan ini adalah gabungan persembahan artis-artis tempatan dan pelajar universiti di bawah bumbung yang sama.

Beliau yakin, festival ini dapat menjadi platform kepada artis-artis serta penggiat seni negara untuk menonjolkan hasil kerja serta melebarkan sayap mereka ke peringkat antarabangsa.

Febuari lalu, Musa dilaporkan meramalkan Wawasan 2020 akan gagal dan menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Musa, Dr Mahathir lupa bahawa jika Wawasan 2020 mahu dijayakan beliau perlu melatih pemimpin di semua peringkat terutamanya pemimpin politik.

“Adalah ironik Wawasan 2020 pasti gagal kerana Dr Mahathir sendiri. Sebijak mana pun beliau, Dr Mahathir lupa bahawa untuk berjaya beliau perlu melatih pemimpin dari semua peringkat terutamanya di kalangan pemimpin politik.

Namun, Musa berpendapat rekod kepimpinan Dr Mahathir mempamerkan bekas Perdana Menteri Malaysia tersebut telah menyingkirkan ramai pemimpin berpotensi ketika beliau memegang tampuk pemerintahan negara.

"Dr Mahathir telah menyingkir kelompok pemimpin berpotensi seorang demi seorang dan berkumpulan ... dan hanya mengekalkan pengikut yang setia.

"Pengikut ini dilatih untuk berdedikasi dan setia kepada sesiapa yang duduk di bahagian paling atas. Prinsip itu mudah sahaja ... mereka hanya perlu setia jika mahu terus 'hidup',” kata Musa yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 1986.

P.S...Tun Kata kata Tun Musa Hitam memang tepat.  Tun DM memang tidak mengaku kalah tetapi hakikat sebenar nya beliau telah tewas.  Tewas kerana sikap nya tidak memperdulikan orang lain dan hanya sesiapa yang taat dan mengikut telunjuk nya orang itu akan kekal.  Tapi masa tu dah berubah.rakyat sudak muak dengan kata nista dan memburukan orang lain .rakyat mahu kan keamanan kemakmuran dan segala bentuk bantuan kerajaan demi kesenangan hidup.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/mahathir-tak-pernah-kalah-tapi-kali-ini.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...