Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 22 June 2016

"TURKI" sebuah negara ISLAM ?



Kenyataan di bawah ini saya copy dari komen sedara Mohd Shafieq. Berkenaan dengan pandangan orang Melayu Malaysia kita sekarang terhadap Negara TURKI. :)

Saya lihat kebanyakan orang Melayu kita hanya melihat sedikit saja mengenai Turki. Antara sisi superficial yg mereka nampak hanyalah penampilan isteri Presiden yg bertudung, solat saf penuh di satu masjid, 'keseriusan' Presidennya untuk 'memperkuatkan' Islam dan 'bantuan' mereka terhadap pelarian Syria.

Tapi sebenarnya banyak sisi gelap Turki yg mereka tak nampak.

I. Gadis-gadis Turki kenalan saya di Snapchat masih ramai berpesta arak di bulan yg mulia ini. Mereka juga tidak berpuasa. (Takkan hari-hari bocor kot?)

II. Gadis-gadis Turki yg bertudung boleh dibilang dgn jari. Cubalah cari di Instagram. Majoriti freehair dan suka pakaian yg tak cukup kain. Yg bertudung hanyalah makcik-makcik di kampung pedalaman mereka sahaja terutama sekali daerah Kurdis.

III. Pertandingan ratu cantik di sana disambut dgn acara gilang-gemilang dgn tajaan syarikat swasta dan disokong kerajaan tempatan. Yg menyertainya majoriti adalah gadis Turki sendiri dan salah satu acaranya adalah memakai bikini singkat two-piece yg memberahikan. Pernah sekali dibuat pada bulan Ramadhan pada tiga tahun sudah.

Image result for miss turkey 2016 

Cuba kat Malaysia? Miss Tourism World di Melaka haritu pun baru sekali buat sudah mengamuk macam Gunung Ledang nak runtuh.

IV. Di sana, event-event seperti anugerah muzik dan filem. Para selebriti perempuan mereka disana bebas berpakaian seksi tanpa kecaman media. Cuba di Malaysia? Tak cukup dihentam Utusan dan Harakah, blog-blog pun tumpang sekaki.

V. Arak bebas dijual kepada umum. Ibu bapa mereka tidak melarang anak mereka yg bawah umur minum arak.

Kalau saya cerita panjang-panjang pun sampai besok tak habis.

Orang Melayu kita sebenarnya tak kenal langsung Turki. Tapi mereka berlagak pandai hanyalah kerana sehelai tudung yg dipakai Hayrunisa, isteri Presiden Erdogan.


Image result for Hayrunnisa

* Saya nak tambah sedikit. Saya masih ingat lagi apa yang salah seorang pensyarah saya cakap. Dia ni pensyarah sejarah dunia Islam dan selalu ke negara-negara di Asia Barat untuk buat kajian termasuklah Turki. Masa dia jadi pensyarah tetamu di Turki dia bawa bini dia sekali. Tetapi bini dia tak dibenarkan masuk ke kampus sebab bini dia pakai tudung litup dan jubah. Jadi bini dia terpaksalah duduk luar kampus sebab dihalang oleh security. Dan Prof saya terpaksa la sewakan bilik kat luar kampus untuk bini dia sorang sebab sebelum ni pihak kampus dah bagi rumah khas untuk dia duduk dalam kampus dengan bini, tapi sebab bini dia pakai tudung semua dia tak dibenarkan duduk dalam kampus.

Depa kata kalau nak masuk kena pakai formal. Yakni pakai pakain macam coat perempuan dah skirt pendek paras lutut serta tak boleh pakai tudung. So terkesima la dia dan bini dia. Tak sangka pula di kampus Universiti bahagian pengajian Islam tak boleh pakai tutup aurat. Tapi kemudian dia tengok semua pelajar yang pakai tudung masa kat luar kampus bila masuk je gate kampus terus buka tudung. Malah prof saya cakap para pensyarah perempuan yakni Ustazahnya semua pakai skirt pendek formal tu, pakai baju kemeja ketat dan tak pakai tudung.

Prof saya tu tunjuk la kat saya..."Nah awak tengok ni gambar saya dengan mereka, yang ini Ustazah Ussulluddin (pakai skirt paras atas sikit dari lutut berkemeja lengan pendek ketat dengan rambut kerinting), yang ni Ustazah Tafsir dan Al Quran, yang ni pakar sejarah Islam, dan yang ni Dekan Pengajian Islam"... Semua tak pakai pakaian menutup aurat kecuali ada sorang dua yang pakai tudung ala-ala zaman 70-an dulu tu ikat kat belakang. :)

Cuba bayangkan kalau para Ustazah kita di Malaysia sekarang ini ada yang pakai macam tu? Rasanya ramai dah mengamuk dalam media-media sosial dan media cetak kot. Bayangkan Ustazah yang ajar kita Fardhu Ain kat sekolah pakai skirt pendek paras lutut, kemeja formal paras lengan yang ketat dan free hair blonde. :D.

Walaupon ada kita dengar dari mak-mak kita yang Ustazah zaman 60-an dan 70-an dulu tak pakai tutup aurat sepenuhnya tak ada la sampai ada yang pakai skirt pendek rasanya. Paling tidak pon depa pakai selendang lepas, pakai kebaya dan kain batik paras buku lali. :)

Pendek kata Turki sekarang bukan lagi Turki Uthmaniah. Sekian.

Al Semantani Jones 

http://akhzaman.blogspot.my/2016/06/turki-sebuah-negara-islam.html

p/s :  Di sini adalah tulisan daripada komen peribadi penulis.  Saya berharap agar Negara Republik Turki ini akan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh dan mendaulatkan semula Agama Islam seperti mana negara ini wujud seperti dalam Kerajaan Uthmaniyyah dahulu.  Semoga Allah s.w.t. akan memberikan rahmat kepada pemimpin Turki dan rakyat jelatanya kini untuk kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.  Amin.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...