Pembohongan di bulan Ramadan yang dibuat oleh bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir terus mendapat reaksi berbagai pihak.
Bagi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang "Itu berita palsu," katanya diminta mengulas dakwaan anak Tun Mahathir yang mendakwa PAS ada perjanjian dengan Barisan Nasional (BN) untuk memberikan tiga negeri kepada PAS.
Katanya, sepanjang beliau menjadi presiden (PAS) tidak pernah ada perjanjian dengan BN untuk menyerahkan Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
Abdul Hadi berkata, beliau tidak tahu dari mana Mukhriz mendapat maklumat itu dan menegaskan dakwaan itu sebagai palsu.
Mukhriz semalam dilaporkan berkata, BN dan PAS membuat perjanjian, yang mana BN akan menyerahkan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu bawah pemerintahan Pas pada PRU-14.
Mengenai pemecatan keahlian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz, katanya, itu urusan UMNO.
"PAS tidak ada kene mengena dengan keputusan UMNO itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Zohor di Pejabat Pas, Jalan Raja Laut, hari ini.
Ditanya tindakan mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama DAP membantu Parti Amanah Negara (PAN), Ahli Parlimen Marang itu berkata, terpulang kepadanya.
"Dia (Dr. Mahathir) nak bersama sepentas dengan DAP ke dengan mana-mana parti lain ke, itu hak dia.
"Perjuangan PAS dengan DAP, lain. Kita perjuangkan Islam,".
Menurut Hadi, dasar perjuangan PAS dengan DAP jauh berbeza.
DAP berjuang menumpang individu, manakala PAS pula mengikut dasar dan perlembagaan.
Merujuk Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai individu yang dirujuk DAP itu, Abdul Hadi menjelaskan, perbezaan itu sama sekali tidak boleh disamakan dengan PAS.
"Dasar dia (DAP) lain dengan dasar Pas. Kita perjuangkan Islam dan buat perubahan secara menyeluruh, bukan nak tumpang seseorang," katanya.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/mukriz-kena-hentam-itu-berita-palsu.html
No comments:
Post a Comment