Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 29 June 2016

Kisah Muhyiddin: Dulu kata totok UMNO... sekarang merayu pun tidak mahu



Ini kisah bekas Timbalan Presiden UMNO dan Pengerusi Lembaga Disiplin parti Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tidak lama... kurang setahun lalu... selepas dipecat dari jawatan Kabinet, Muhyiddin penuh semangat mendakwa dia 'totok UMNO'.

Tujuannya untuk tarik simpati ahli UMNO... beliau kata darah dagingnya darah daging UMNO. Tapi cakap hanya pemanis bibir.

Keputusan Muhyiddin untuk tidak membuat sebarang rayuan selepas digantung mahupun dipecat daripada UMNO menunjukkan bekas timbalan presiden itu tidak lagi berminat untuk bersama parti.

Bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr Mohd Puad Zarkashi berkata UMNO sentiasa memberi peluang kepada anggotanya untuk membuat rayuan namun peluang itu tidak digunakan Muhyiddin dengan sebaik-baiknya.

Beliau juga menyifatkan tidak timbul isu dakwaan Muhyiddin tidak mendapat surat tunjuk sebab daripada Majlis Tertinggi UMNO mahupun Lembaga Disiplin dan Tatatertib parti kerana beliau tahu had mana yang membenarkan surat berkenaan dikeluarkan ataupun tidak.

"Dia (Muhyiddin) kata bahawa darah dan dagingnya adalah UMNO tapi kenapa dia tak merayu, sebab itu saya rasa bahawa dia tahu dia sudah 'cross the line'.

"Pada saya dia sudah tidak lagi berminat untuk bersama dalam perjuangan UMNO. Kalau dia rasa tak adil, merayulah kenapa dia tak dikenakan surat tunjuk sebab, sebab dia pernah menjadi Timbalan Presiden dan Pengerusi Jawatankuasa

Pengurusan dan mengendalikan banyak kes-kes tatatertib ini," katanya.

Jumaat lepas, UMNO memecat Muhyiddin dan Mukhriz kerana melakukan pelanggaran disiplin, manakala Naib Presiden UMNO Mohd Shafie Apdal juga digantung keanggotaannya sehingga Majlis Tertinggi menerima laporan daripada Lembaga Disiplin dan Tatatertib parti.

Ditanya mengenai UMNO Bahagian Pagoh yang tidak berpuas dengan pemecatan Muhyiddin, Mohd Puad berkata UMNO bahagian itu mungkin merasa tertekan dengan tindakan parti yang memecat ketua mereka.

"Saya rasa alasan mereka untuk menolak keputusan Majlis Tertinggi adalah tidak kukuh tetapi kami faham bahawa mungkin ketika ini mereka agak tertekan dan pada saya biarlah mereka mengambil masa untuk memikirkan secara lebih bijaksana keputusan tersebut.

"Biar mereka diberi lebih banyak masa untuk berfikir...mungkin ketika ini mereka sedang beremosi," katanya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/kisah-muhyiddin-dulu-kata-totok-umno.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...