Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 8 June 2016

Kos kajian terowong bertentangan dengan Akta Kejuruteraan 1967



Siap Lim Guan Eng, mana mahu lari... satu persatu kemungkarannya terbongkar, terbaru Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan beberapa pendedahan mengenai kos kajian pembinaan terowong dasar laut yang mencurigakan.

Naib Presidennya Huan Cheng Guan berkata antaranya ialah pengakuan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Awam, Lim Hock Seng berhubung keseluruhan kos RM305 juta diperuntukkan bagi kajian projek mega itu yang dilihat bertentangan dengan garis panduan ditetapkan dalam Akta Kejuruteraan 1967.

"Kos bagi Kajian Kebolehlaksanaan dan Reka Bentuk Terperinci bagi projek terbabit dikatakan lima kali ganda lebih tinggi, iaitu antara lapan hingga 11 peratus berbanding ditetapkan dalam Akta Kejuruteraan 1967.

"Situasi ini jelas bertentangan dengan akta yang memperuntukkan syarikat atau perunding kejuruteraan hanya boleh menetapkan kadar bayaran bagi semua kajian antara 2.28 hingga 2.54 peratus daripada keseluruhan kos bagi projek bernilai lebih RM1 bilion.

"Jadi hari ini saya hadir di pejabat SPRM Pulau Pinang untuk menyerahkan beberapa dokumen berhubung elemen mencurigakan itu, kami harap pihak SPRM dapat menyiasat dengan teliti serta telus," katanya pada Jumaat.

Huan berkata semakan audit terhadap akaun Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG) juga mendapati syarikat itu mengaut keuntungan bernilai RM64.5 juta berbanding pendapatan mereka sebanyak RM51.8 juta.

"Saya percaya keuntungan terbabit berjaya diraih CZBUCG menerusi bayaran diperuntukan kerajaan negeri bagi melaksanakan tiga kajian berhubung pelaksanaan projek terowong dasar laut ini," dakwanya.

Baru-baru ini Ketua Menteri Lim Guan Eng dilaporkan mengumumkan bahawa RM305 juta bukan sahaja untuk kajian kemungkinan bagi projek terowong dasar laut dan tiga projek lebuh raya, tetapi turut meliputi reka bentuk terperinci dan kesan penilaian alam sekitar terperinci (DEIA).

Bagaimanapun Rabu lalu, Hock Seng mendedahkan kos RM305 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan projek terowong dasar laut dan tiga jalan utama itu tidak termasuk kajian DEIA.

Sebaliknya sebanyak RM96.2 juta diperuntukan bagi DEIA bagi projek terowong dasar laut, manakala kos RM208.6 juta bagi dua kajian sama untuk pembinaan tiga jalan utama.

Pada 9 Mei lalu, Hock Seng bagaimanapun menjelaskan kos RM305 juta itu diperuntukkan bagi Kajian Kebolehlaksanaan, Reka Bentuk Terperinci dan DEIA bagi pembinaan terowong dasar laut dan tiga laluan utama itu.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/habis-kali-ini-si-tokong-nikos-kajian.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...