Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 8 June 2016

Betul Ker Ni....MCA yakin pengundi Cina kembali pada BN... Kuala Kangsar, Sungai Besar jadi medan ujian



Dua pilihanraya kecil serentak di Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan menjadi medan mengusi apakah sokongan kaum Cina di Semenanjung kembali kepada Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini di Sarawak wujud indikasi peralihan sokongan daripada kaum Cina yang sebelum ini menyokong pembangkang kembali menyokong BN dalam pilihanraya negeri baru-baru ini.

Bagi Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon beliau yakin calon daripada BN mampu memperoleh kemenangan besar  di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan berlangsung pada 18 Jun ini.

Katanya, kemenangan ini adalah disebabkan wujudnya pertembungan tiga penjuru diantara BN, PAS dan PAN yang pastinya akan memecahkan undi majoriti Melayu terhadap sesebuah parti.

Dalam masa yang sama, pengundi daripada masyarakat Cina pastinya akan tertumpu kepada Barisan Nasional kerana PAS dan PAN mempunyai matlamat yang sama untuk melaksanakan hukuman hudud yang dirasakan melanggar perlembagaan dan sistem kehakiman negara.

"BN akan menang besar dengan majoriti pengundi Cina yang akan menolak PAS dan PAN. Ini memberi peluang yang cerah kepada Barisan Nasional untuk memenangi di dua PRK tersebut.

"Saya tidak rasa pengundi Cina akan terus menyokong PAS disebabkan keinginan mereka untuk melaksanakan hudud di Kelantan dan kini mereka juga telah berpisah dengan DAP. Sebelum ini DAP berjaya menyakinkan pengundi Cina untuk memilih PAS sebagai sebuah parti yang moderat."

"Malah dalam akhbar berbahasa Cina juga telah melaporkan bahawa Presiden PAN Mohamad Sabu turut menyokong hudud yang katanya akan memberikan keselamatan dan membawa kebahagian. Ini telah mengejutkan majoriti masyarakat Cina," tambahnya lagi.

Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru dalam PRK pada 18 Jun ini yang merupakan kerusi majoriti pengundi Melayu.

Namun, bilangan pengundi Cina adalah signifikan terutamanya di Sungai Besar, di mana terdapat lebih 14,000 pengundi daripada kaum Cina, manakala 7,000 pengundi Cina di Kuala Kangsar.

Dengan sokongan Cina mungkin ianya menjadi penentu di kedua-dua pilihan raya kecil itu, maka BN dan pembangkang masing-masing mendakwa mempunyai kelebihan dalam meraih undi masyarakat Cina.

Kerusi Kuala Kangsar dan Sungai Besar diisytihar kosong selepas kedua-dua penyandangnya meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Ahli parlimen Kuala Kangsar sebelum ini ialah Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad manakala Sungai Besar, ialah Noriah Kasnon.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/betul-ker-nimca-yakin-pengundi-cina.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...