Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 8 June 2016

PAS beku kerjasama dengan PKR selepas Azizah hadir pengumuman calon PAN



PAS Kuala Kangsar membuat tindakan drastik membekukan hubungan dengan PKR berkuat kuasa serta merta, kata Yang Dipertuanya Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Ia berikutan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir di majlis pengumuman calon Parti Amanah Negara (PAN), Dr Ahmad Termizi Ramli untuk kerusi parlimen Kuala Kangsar.

Raja Ahmad Iskandar berkata, PAS 'terguris dan terhiris' dengan tindakan PKR itu kerana PAS dan PKR masih rakan tahaluf.

"Bagaimana Presiden PKR boleh hadir menyokong calon yang akan menentang rakan tahalufnya."

"Pada hemat saya, ianya satu tindakan,tikam belakang terhadap kami di Kuala Kangsar,dan merupakan satu pengkhianatan kepada,tahaluf siyasi yang diasaskan bersama," katanya dipetik sebuah portal berita.

"Kedudukan hubungan kedua-dua parti itu akan diserahkan kepada Badan Perhubungan PAS Perak untuk memutuskan tindakan lanjut".

Pemuda dan Muslimat PAS dalam muktamarnya semalam mahu PAS memutuskan hubungan dengan PKR.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar mengikut daftar pemilih yang didaftarkan sehingga 7 Mei lepas.

Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kuala Kangsar Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria berkata jumlah berkenaan meliputi pengundi biasa sebanyak 32,632 orang, pengundi awal (312) dan pengundi tidak hadir (lima).

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/pas-beku-kerjasama-dengan-pkr-selepas.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...