Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 8 June 2016

Pasal Jambatan P.Pinang Boleh Runding, Tak Kan RUU Tak Boleh? - Abdul Hadi



KOTA BARU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat menempelak DAP berhubung bantahan terhadap pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) persendirian di Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Kalau pasal lebuh raya, jambatan Pulau Pinang boleh berunding, hal pelabuhan Pulau Pinang boleh runding, tak kan hal berkaitan undang-undang kita (agama Islam) tak boleh berunding?" kata Abdul Hadi.

Pertikaian yang dibangkitkan Abdul Hadi sekali gus menggamatkan sesi ucapan penangguhan presiden parti pada Muktamar Tahunan PAS Ke-62 dekat sini, Jumaat.

Abdul Hadi merujuk kepada projek-projek melibatkan kerajaan negeri DAP di Pulau Pinang yang turut mendapat bantahan tetapi masih melalui proses rundingan dan kajian semula.

Sebelum ini, parti dalam Pakatan Harapan itu mempertikaikan usul yang dibawa Abdul Hadi mengenai RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu.

Abdul Hadi membentangkan usul berkenaan  dengan tujuan untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.

Bagaimanapun, sebelum ia dibentang, beberapa wakil rakyat khususnya DAP telah bangkit mempertikaikan mengapa usul yang dibawa Abdul Hadi didahulukan sedangkan ia berada di kedudukan ke-15 atau terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, RUU itu seharusnya dibahaskan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang undi sokongan mahupun bantahan.

Tambahnya, sama ada DAP atau pihak lain termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN) hanya cepat melatah.

"Kenapa hendak jadi kelam-kabut? Padahal ia berkaitan dengan hal orang Islam," kata Abdul Hadi.

Dalam RUU persendirian yang kali pertama dalam sejarah dibentangkan oleh wakil pembangkang itu, Abdul Hadi mencadangkan supaya Seksyen 2 RUU berkenaan digantikan dengan seksyen baharu.

Ahli Parlimen Marang itu kemudiannya mencadangkan usul itu dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/pasal-jambatan-ppinang-boleh-runding.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...