Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 5 June 2016

Ucapan terima kasih daripada saya kepada mereka yang masih mengingati saya pada ulang tahun kelahiran yang ke 34 Tahun. Terima kasih !

Daulat Tuanku !

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, amin. Syukur ke hadrat ilahi kerana saya berkesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hantar ucapan selamat hari lahir kepada saya kali ke 34 tahun. Untuk pengetahuan semua, tarikh hari lahir sama adalah sama dengan tarikh lahir Yang Di Pertuan Agong kita (Daulat Tuanku!)

Pada tarikh yang istimewa ini, saya tujukan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu yang tercinta Umi Kalthum Bt. Ismail kerana telah selamat melahirkan saya pada 34 tahun yang lepas. Jasamu tetap ku kenang. Terima kasih, mak ! Terima kasih, abah !

Terima kasih juga kepada isteri tercinta, Aini Mohamed Shariff, anak-anak kesayangan abah, Ahmad Aminuddin (soleh boy) dan juga Noraini (solehah girl). Alhamdulillah, amin usia perkahwinan kami telah mencecah usia 7 tahun kini.

Saya juga ingin mengucapkan juga terima kasih kepada,Paman Amir Mimbar (pakcik, Adik Abah), Mohd Izham Ab Wahab (sepupu, mentor saya dalam dunia business dan networking), Mohamad Ikhsan Selamat (sepupu), Rabiatul A'dawiyah (sepupu), Lokman Abd Aziz (rakan sekelas - AFT Class Nov. 2013), Olfa Ben Adbeljelil, Nurhayati Samsudin, Emms Stitch, Noie AiDa, Marliana Najihah, Nur Arifah Latif (GWPP P074 Lumut), Budi Chahaya (dari Indonesia) dan Liew Ying Yie - (rakan kenalan FB dari jauh) serta Amar Mahdzir (rakan MAA games FB),

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Suznita Mohd Yatim, Norsham Noordin, Zulkefli Mohd Isa, Seripah Aini (rakan sekerja di KLIA consult), Encik Ipit (student praktikal di KLIA consult), Mohd Radzi (rakan kelas Power PRU sprint Nov. 2014), Norasmah Bura (rakan di SMK Seri Perak), Guru sekolah saya di SMK Seri Perak, Cikgu Noraini Hasbollah dan Cikgu Roslina Ramli, Adzalia Lukaman dan Azura Ismail, (kawan lama di SKSI II) dan GD Khirwizam dan Norshakila Haris (rakan UiTM Penang) serta, Wan Sariff Ganu dan Mohd Sherwani Abu Bakar (rakan saya di Unisel) serta tak lupa juga kepada pensyarah saya di Unisel iaitu MyNz Mansor

Pada kawan-kawan yang saya tidak sebutkan di sini, iaitu pada mereka yang menzahirkan ucapan hari lahir saya secara PM ataupun dalam Group di WhatsApp, sekali lagi saya ucapkan terima kasih sekali lagi dan ingatan daripada anda semua. Terima kasih daun keladi. In Shaa Allah, amin. Panjang umur kita jumpa lagi....

Sebelum terlupa, saya ingin meminta maaf sekiranya saya ada melakukan apa-apa kesalahan pada semua ahli keluarga saya, saudara mara saya, sahabat andai saya di atas kekhilafan saya bersama-sama dengan anda semua sebelum ini. Maafkan saya dan saya juga memaafkan pada anda semua sama ada saya kenal dari dekat ataupun dari jauh.


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1437H pada esok hari dan jangan lupa untuk kita sama-sama berniat puasa pada malam ini. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik untuk kita semua berbanding tahun-tahun yang lepas. Semoga ibadah puasa serta ibadah-ibadah khusus dan umum yang kita kerjakan dan beramal kali ini di Redhai oleh Allah s.w.t. In Shaa Allah, amin.

Akhir sekali, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca setia blog saya ini,


Mencari Keredhaan-Mu, Ya Allah, Ya Tuhanku...

Yang baik dijadikan teladan, dan yang buruk dijadikan sempadan. Segala komen dan cadangan daripada anda amat diperlukan untuk memperbaiki isi kandungan di dalam blog saya ini....Saya ingin meminta maaf sekiranya ada di antara isi kandungan ini ada yang membuatkan anda tidak selesa untuk meneruskan pembacaan sehingga tamat. Segala usaha murni kita bersama akan dapat diberikan ganjaran dan pahala daripada Allah s.w.t.

Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...