Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 8 June 2016

PRK: MCA tetap bantu Umno...Habis Orang Melayu UMNO yang Bantu Kemenangan YB MCA



SETIAUSAHA Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan memberi jaminan partinya tetap akan turun padang membantu calon Umno dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar biarpun wujudnya isu RUU persendirian yang dibentangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Sin Chew Jit Poh.

Katanya, MCA perlu menggalakkan pengundi Cina agar beri sokongan kepada MCA walaupun menghadapi apa jua masalah.

"Dengan adanya sokongan yang kuat daripada akar umbi Cina, ia sudah pasti akan memberikan keyakinan kepada MCA untuk berunding dengan pihak kerajaan. Biarlah Perdana Menteri melihat isu RUU Persendirian ini menerima bantahan daripada masyarakat Cina.

"Sekiranya Orang Cina tidak sokongan MCA, ini akan menyebabkan hubungan antara kaum akan menjadi lebih renggang," katanya.

Beliau berpendapat, undi yang diberikan pengundi Cina kepada BN bukan bermakna menyokong hukum hudud, sebaliknya adalah ingin memberitahu kepada Pas bahawa pengundi Cina sememangnya tidak sokong hukum hudud.

"Menteri MCA tidak boleh letak jawatan dengan segera kerana tindakan ini tidak dapat menyelesaikan sebarang masalah, bahkan akan menyebabkan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menghadapi masalah ketika mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelak," kata Ong.

Ong turut menafikan MCA melakukan penghinaan terhadap Islam kerana sebelum negara kita mencapai kemerdekaan, MCA sudah pun bekerjasama dengan Umno.

"MCA hanya ingin mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Sejak negara kita capai merdeka pada tahun 1957 hingga hari ini, kita telah dapat hidup dengan harmoni, aman dan makmur atas semangat yang termaktub dalam perlembagaan. Oleh itu, kenapa kita perlu merosakkan struktur yang terbina selama ini?" soalnya.

Dalam pada itu, China Press pula memetik kenyataan Ong bahawa mesyuarat jemaah menteri Kabinet pada 20 Mei lalu sememangnya ada dibangkitkan isu mengenai RUU persendirian, bagaimanapun ia tidak dibincangkan secara rasmi dan tidak diluluskan oleh mesyuarat Kabinet.

Kata Ong, mesyuarat jemaah Kabinet pada hari itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beliau meminta pandangan daripada semua menteri yang hadir mengenai usul pindaan Mahkamah Syariah yang mungkin dibentangkan dalam Dewan Rakyat.

"Ketika itu, timbalan perdana menteri hanya ingin mendapatkan pandangan dan ia tidak dimasukkan dalam minit mesyuarat. Ada menteri Umno sendiri yang tidak setuju usul berkenaan. Oleh itu, tidak ada sebarang keputusan muktamad dirumuskan hasil daripada mesyuarat itu," kata Ong.

Akhbar ini turut memuatkan kenyataan daripada Majlis Perundingan Agama yang terdiri daripada lima agama, iaitu Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao yang membantah RUU persendirian yang dibawa oleh Abdul Hadi.

Majlis tersebut mempertikaikan kesepakatan yang dilakukan antara kerajaan pusat dengan Pas untuk membenarkan RUU ini dibawa ke parlimen. Ia turut mendakwa usul ini tidak menepati perlembagaan negara dan menjejaskan kontrak sosial yang dipersetujui bersama.

Menurut kenyataan itu lagi, sekiranya hukum hudud dikuatkuasakan, kedudukan bukan Islam akan terjejas dan golongan ini tidak akan dapat mendapat hak yang sama.

"Usul ini akan menjejaskan keharmonian dan perpaduan yang terjalin di antara kaum selama ini. Parti-parti dalam komponen BN pun tidak duduk berbincang isu yang amat penting ini. Ini memang mengejutkan ramai orang," kata kenyataan itu lagi.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/prk-mca-tetap-bantu-umnohabis-orang.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...