Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 8 June 2016

Undi PAN Bererti Menyokong Perjuangan DAP



PEMILIHAN calon dari Parti Amanah Negara (PAN) bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) merupakan cerminan keputusan dari DAP sebenarnya.

Dengan memiliki 66 peratus pengundi Melayu di Sungai Besar, ia tidak memungkinkan calon DAP dipilih mewakili PH walaupun jauh di sudut hati parti itu mahu membolot kerusi berkenaan.

Kepandaian mainan politik DAP jelas dapat dilihat bilamana PKR (khususnya Mohamed Azmin Ali) berebut kerusi berkenaan dari PAN dan PAS sebelum ini. DAP hanya duduk memerhatikan gelagat antara tiga parti pembangkang ini dari jauh.

Akhirnya, DAP ‘mencantas’ kekuasaan Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor dengan meletakkan ‘calon proksi’ mereka dari PAN. Bagi DAP, mereka tidak rugi apa-apa. Sekiranya PAS menang sekali pun, Dr Abdul Rani Osman juga merupakan individu yang agak ‘mesra’ dengan PAN yang boleh dijadikan ‘kuda tunggangan’ buat DAP.

Yang terbukti rugi di sini adalah PKR Selangor dan kerajaan negeri yang hanya mampu ‘riuh’ di awal waktu, namun ‘menikus’ semasa sesi keputusan menamakan calon dilakukan.

Buat pengundi Sungai Besar seramai 42,837 orang, jangan sesekali terpengaruh dengan helah PH melalui calon PAN yang juga merupakan anak tempatan. Status orang kampung menjadi calon itu hanyalah umpan buat para pengundi, walhal yang berkuasa disebaliknya adalah DAP.

Manakala bagi calon PAS pula, beliau sudah memang terkenal sebagai seorang ‘calon harumanis’ iaitu hijau di luar tetapi oren di dalam. Dengan kata mudah, walaupun menjadi pemimpin bagi PAS, tetapi jiwa dalamannya lebih ‘mesra’ dengan PAN.

Oleh sebab itu pada 18 Jun nanti, para pengundi Sungai Besar haruslah mencari dan memilih calon tempatan dan yang tidak dipergunakan oleh mana-mana parti lain. –Tv14

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/undi-pan-bererti-menyokong-perjuangan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...