Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 17 June 2016

SEMAK BAKI PINJAMAN PTPTN ONLINE DAN SMS

cara semak baki pinjaman ptptn online dan sms

SEMAK BAKI PINJAMAN PTPTN ONLINE DAN SMS

Semak Baki Pinjaman PTPTN OnlineAdakah anda salah seorang pemimjam PTPTN atau dikenali sebagai Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional? Jika ada adalah peminjam PTPTN adakah anda telah membayar semua hutang itu? Jika belum, anda boleh membayar segala hutang PTPTN anda sekarang. Bagaimana untuk cara semak baki pinjaman PTPTN? Kali ini kami akan berkongsi dengan anda cara atau langkah demi langkah untuk semak baki pinjaman PTPTN anda.
Untuk makluman, semakan baki pinjaman PTPTN boleh dibuat melalui dua cara iaitu:
  1. Online
  2. SMS
Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara Online
  1. Masuk ke laman web: https://epay.ptptn.gov.my/penyata/index.html
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda/IC dan tekan butang “SEMAK”.
Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara SMS
  1. Taip PTPTNBAKINo Kad PengenalanNo PIN
  2. Hantarkan SMS ke 15888
*Setiap SMS akan dikenakan caj penghantaran sebanyak RM0.15 dan cas penerimaan sebanyak RM0.20.
Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai status pinjaman anda, anda juga boleh menghubungi PTPTN melalui talian hotline 03-20804455.
Elakkan nama anda disenaraikan hitam di dalam CCRIS atau dalam bahasa penuhnya adalah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS). Jika nama anda disenarai hitam di dalam CCRIS anda mungkin mengalami masalah untuk membuat pinjaman lain di kemudian hari dan dilarang untuk keluar negara.
Soalan :
Apakah yang perlu dilakukan oleh peminjam bagi memastikan rekod pinjaman PTPTN di CCRIS tidak memberi sebarang masalah kepada permohonan pinjaman beliau di bank atau institusi kewangan lain?

Jawapan :
Peminjam perlu membuat bayaran secara konsisten mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan tunggakan demi memastikan rekod CCRIS berada di dalam keadaan baik. Sekiranya rekod di CCRIS menunjukkan terdapat sebarang bulan tunggakan, berkemungkinan permohonan pinjaman tidak dipertimbangkan oleh institusi kewangan. Walau bagaimanapun, kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut.

Ingat! Membayar hutang itu adalah satu kewajipan. Mari sama-sama kita lunaskan hutang sebelum menghembuskan nafas terakhir.
http://www.blogammar.com/semak-baki-pinjaman-ptptn-online-dan-sms/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...