Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 17 June 2016

`UMUR 90 TAHUN PUN TAK BALIGH LAGI. SANGAT MALANG’ – JAWAPAN TERBAIK HADI



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia memaafkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, walaupun bekas Perdana Menteri itu membuat macam-macam tuduhan dan serangan ke atasnya.

Dituduh makan dedak oleh Mahathir, Hadi telah memberikan jawapan terbaik kepada bekas Perdana Menteri itu.

Menurut Hadi, Mahathir sudah lama berdendam dengan PAS kerana pernah kalah dulu dengan parti itu dan beliau juga secara sinis menyifatkan Mahathir tidak baliqh lagi walaupun sudah berusia lebih 90 tahun.

“Terutamanya berkenaan hudud. Saya tahu Tun Mahathir ini sudah lama dendam dengan PAS sebab dia pernah kalah dulu dengan kita.

“Dan Tun Mahathir kata saya tak reti Islam. Saya mengaji bab Islam. Tun Mahathir, dia mengaji bab perubatan.

“Bukan saya nak hina dia (Tun Mahathir), tetapi malangnya dia tidak baca pasal Islam ini. Kita maafkan dia tidak baca. Patutnya dia bacalah. Kalau tidak baca jadi bahaya.

“Kalau Islam tak baca Islam, umur 90 tahun pun tak baligh lagi. Sangat malang,” kata Hadi dalam satu ceramah  Dataran Ketior Manong, malam kelmarin.

Rasanya itu jawapan terbaik daripada Hadi ke atas Mahathir yang selama ini menyerang PAS dan Barisan Nasional (BN) selepas beliau berada sepentas dengan pembangkang ketika ini.

Ternyata Mahathir sengaja mencari `musuh’ apabila berbaik-baik dengan PAN, DAP dan PKR. Jika dulu pemimpin pembangkang telah dikecam dan dikritiknya, namun kini dia hanya mengkritik PAS dan BN, kerana tidak sekepala dengannya.

Selain BN, PAS sendiri sudah masak dengan perangai Mahathir yang pernuh dengan sandiwara.

Jika beliau boleh berpaling tadah kepada BN dengan meminta pengundi supaya tidak mengundi calon BN dan membiarkannya kalah wang pertaruhan, maka perkara sama akan berlaku selepas ini kepada parti-parti yang bersekongkol dengannya.

Berapa lama agaknya ikatan kerjasama antara Mahathir mampu bertahan? Selagi Deklarasi Mahathir belum berjaya, selagi itulah beliau akan berada dalam kerjasama tersebut.

Alangkah malangnya pembangkang kerana sanggup bekerjasama dengan Mahathir walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri telah memberi peringatan supaya berwaspada dengannya. –Tv14

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/umur-90-tahun-pun-tak-baligh-lagi.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...