Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 8 June 2016

Surat Terbuka buat Syed Saddiq


Dik,

Kami dulu kena hempuk di jalanraya dengan FRU pasal lawan Mahathir. Masa tu 1998 era reformasi.

Dik buat apa masa tu?

Dik umur sekarang 24 bukan?

2016 tolak 1998 , bersamaan 18 tahun.

Jadi adik di mana 18 tahun dulu?

Adik Saddiq masa tu 6 tahun.

Masa adik 6 tahun, kami lawan di jalanraya. Gas pemedih mata dan water cannon tu biasa. Masa tu kami sungguh-sungguh lawan bukan semata-mata nak bela Anwar, kami nak Mahathir undur. Sama seperti yang adik mahu Najib undur. Ya, kami juga mahu selamatkan malaysia waktu itu. Tapi kami tak ada lawan pergi kumpul tanda tangan. Itu kerja bodoh dik. Kami tak ada pergi hotel ceramah, duduk bawah aircond, pakai smart, dan kemudian claim lawan untuk rakyat.

Dik,

Sekarang 18 tahun sudah berlalu, adik nak selamatkan Malaysia bersekongkol pula dengan Mahathir, orang yang sama rosakkan Malaysia terlebih dahulu.

Dik,

Sebab tu lah ramai abang-abang dan kakak-kakak ketawa sahaja dengan adik.

Masa adik main baling guli, kami ni main baling peluru tear gas.

Yang benar,
kena pukul dengan cota FRU 1998
Muhamad Harris Nasril

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/mai-baca-dulusurat-terbuka-buat-syed.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...