Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 8 June 2016

Tun Mahathir dan 4 Timbalan Perdana Menteri Yang DiJatuhkan.


Tun Mahathir dan 4 Timbalan Perdana Menteri Yang Dijatuhkan.


■ Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4 selama 22 tahun dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003. Antara timbalannya adalah Tun Musa Hitam.

■ Beliau menunjukkan sikap curiga dan tidak puas hati kepada Tun Musa Hitam apabila Tun Musa lebih lunak kepada orang Cina dan sanggup untuk luluskan Universitii Merdeka untuk orang2 Cina. Sifat Tun Musa yang 'Genius' menjadi api dalam sekam kepada Tun Mahathir. Lalu beliau memerangkap Tun Musa dalam peristiwa Memali, 1985, iaitu 3 tahun selepas DSAI dibawa masuk ke dalam UMNO dengan tujuan untuk mengimbangi pengaruh Islam yang dibawa oleh PAS.

■ Dalam kes Memali, Tun Musa Hitam menjadi ketua operasi. Kes berdarah dan syahid ini telah menjadikan nama Tun Musa Hitam kotor. Akhirnya pada Mei 1986, Tun Musa Hitam dilucutkan jawatannya dari Timbalan Perdana Menteri.

■ 30 tahun selepas peristiwa Memali, Tun Musa mendedahkan yang Tun Dr. Mahathir berada di dalam negara semasa kejadian dan beliau bukan memangku jawatan sebagai Perdana Menteri. Tun Musa mengeluarkan 1 kenyataan media 4 halaman pada Jumaat, 2 April 2014. Hingga ke hari ini, Tun Mahathir hanya membisu enggan menjawab persoalan ini. Persoalan: Siapa salah?. Dan siapa yang perlu dipertanggungjawabkan?.
http://www.astroawani.com/…/kenapa-musa-hitam-buka-semula-c…

■ Pada 10hb Mei 1986, Tun Ghaffar Baba telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tun Musa Hitam.

■ Tun Mahathir tidak bersetuju kepada doktrin pengasingan kuasa di dalam Perlembagaan Malaysia. Lalu Tun Ghafar diarahkan membantu menyelesaikan krisis UMNO dengan Istana iaitu;
1. Tun Mahathir berhasrat meminda Article 66 yang menyebut bahawa setiap RUU (Bill) yang diluluskan Parlimen akan berkuat kuasa selepas 15 hari setelah dipersembahkan kepada YDPA. Majlis Raja2 yang bersidang di Kota Kinabalu menolak usul ini.

2. Tahun 1992 UMNO terpaksa berdepan dengan Raja2 Melayu apabila berlaku insiden salah seorang kaum kerabat Sultan Johor mencederakan Douglas Gomez (Jurulatih hoki).

■ Sekali Tun Ghafar mendapat arahan untuk membentangkan satu usul di Parlimen Usul ini mencatat sejarah di mana disokong 100% termasuk pembangkang. Akhirnya Raja2 Melayu bersetuju agar Perlembagaan Persekutuan dipinda di mana Raja2 Melayu boleh didakwa dan dibicara dalam sebuah Mahkamah Khas.

■ Pada masa yang sama, Ku Li mempunyai hasrat mahu merebut jawatan TPM dan seterusnya berhasrat menjadi Perdana Menteri.

■ Apabila Ku Li menawarkan diri bertanding merebut jawatan Presiden UMNO, Tun Mahathir menjadi marah dengan masing2 tak mahu mengalah. Sehinggalah Pada 4 Februari 1988, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Harun Hashim telah memutuskan bahawa di bawah undang2, tiada pilihan lagi melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.
http://ahmadshuaibismail.blogspot.my/…/punca-umno-diharamka…

■ Tun Dr. Mahathir telah menyerahkan tugas Pengerusi BN kepada Presiden MCA ketika itu, Tun Ling Liong Sik. Pada saat itu Tun Dr. Mahathir tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti UMNO telah diharamkan. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Ling Liong Sik. Tetapi watikah perlantikan secara rasmi daripada YDPA kepada Ling Liong Sik tidak dilakukan. Status Qua jawatan Perdana Menteri Malaysia terjadi beberapa hari sehinggalah UMNO (Baru) ditubuhkan.
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/UMNO_11

■ Pada tahun 1987 telah berlaku krisis Perlembagaan yang berakhir dengan penggantungan perkhidmatan dan penyingkiran Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dari jawatannya. Pemecatannya oleh Tun Dr. Mahathir dilihat sebagai satu cara menyekat kuasa kebebasan kehakiman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

■ Tun Salleh Abas yang mewakili hakim2 menulis sepucuk surat sulit kepada YDPA dan raja2 Melayu bagi mengemukakan ketidakpuasan hati mereka.

■ Pada tahun 1988, Salleh Abas dihadapkan ke Mahkamah timbang tara yang diadakan oleh Dr. Mahathir yang mengikut Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan, atas tuduhan salah lakunya. Timbang tara itu dipengerusikan oleh Tun Hamid Omar.

■ 5 orang hakim Mahkamah Agung bersidang dan memberikan Tun Salleh Abas perintah interlokutori terhadap timbang tara. Mereka adalah;
1. TS Azmi Kamaruddin,
2. TS Eusoffe Abdoolcader,
3. TS Wan Hamzah Mohamed Salleh,
4. Wan Suleiman Pawan Teh
5. Datuk George Seah
http://al-khazaain.blogspot.my/…/kronologi-pemecatan-tun-sa…

Malangnya kelima2 hakim Mahkamah Agung tersebut digantung jawatan mereka. Sementara itu pada Oktober 1988, Wan Sulaiman Pawan Teh dan Datuk George Seah telah dipecat.

■ Pemecatan ini menyebabkan Mahkamah Agung Malaysia digantung, tuntutan pengesahan timbang tara tidak dapat dibicarakan. Ogos 1988, Tun Salleh telah dipecat secara rasmi sebagai Ketua Hakim Negara.
https://ms.m.wikipedia.org/…/Krisis_Perlembagaan_Malaysia_1…

■ Tun Abdullah dikenali sebagai penyokong kuat Ku Li dalam Team B UMNO turut disokong oleh Dr Rais Yatim menubuhkan S46 dan telah menumbangkan BN di Kelantan pada tahun 1990. Tun Mahathir terkilan dengan Tun Ghaffar Baba kerana beliau mengambil sikap bukan melawan PAS dan S46.

■ Sebagai tindakan berjaga2, Tun Mahathir merancang agar DSAI lebih cepat dinaikkan. Ramai dikalangan pemimpin UMNO yang marah DSAI naik cepat atas kapasiti DSAI adalah “blue eye boy” Tun Mahathir. DSAI digunakan oleh Tun Mahathir sebagai perisai bagi melawan Team B dalam UMNO.

■ Sebanyak RM200 juta digunakan untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba dari kerusi Timbalan Presiden UMNO. Kesemua wang tersebut diperolehi dari proksi, kroni dan sahabat beliau yang bernama Quek Leng Chan.
http://www.freemalaysiatoday.com/…/anwars-rm445m-plot-agai…/

■ Pada 15 Oktober 1993, Tun Ghafar meletakkan jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO untuk memberi laluan kepada golongan pendesak yang dikatakan mendapat restu Presiden UMNO. Maka sekaligus Tun Mahathir melantik DSAI sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini bermakna Tun Ghaffar Baba tidak dibuang atau dipecat oleh Tun Mahathir.

■ Malang bagi DSAI kerana pada tahun 1998 beliau telah dipecat dan Tun Mahathir sekali lagi telah melantik semula Tun Ghaffar Baba sebagai TPM kerana Tun Mahathir tidak mempunyai kepercayaan pada Tun Abdullah.

■ Akibat pemecatan DSAI, satu lagi negeri yang dikuasai BN tumbang iaitu Terengganu dalam PRU tahun 2000.

■ Tun Mahathir sudah mengesan kelemahannya dan akhirnya terpaksa serahkan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri kepada bakal penggantinya.

■ Pada waktu itu, Tun Mahathir berpandangan yang Tun Abdullah selayaknya menggantikan beliau. Dengan intonasi yang terpaksa, Tun Abdullah ditakdirkan menjadi Perdana Menteri ke-5 walaupun beliau tidak menyukai Pak Lah kerana Tun Mahathir lebih menyukai DS Najib sebagai PM. Namun mengikut hairaki DS Najib belum pernah lagi menjawat jawatan sebagai TPM. Satu Perjanjian telah dirangka bersama Pak Lah supaya mengambil DS Najib sebagai TPM.

■ Tun Abdullah bersetuju dan telah menjadi Perdana Menteri pada tahun 2003. Beliau berjaya menawan semula Terengganu dari PAS dalam PRU tahun 2004.

■ Semasa Pak Lah jadi Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO, Tun Mahathir geram dengan Tun Abdullah disebabkan beliau membebaskan DSAI dari penjara. Tun Mahathir juga marah sebab anaknya DS Mukhriz tidak mendapat jawatan penting dalam UMNO dan kabinet, sebaliknya Khairi Jamaludin naik ke atas pentas UMNO dengan cepat. Lalu Tun Mahathir mengambil sikap keluar UMNO. Akibat pergaduhan dalam UMNO antara kem Tun Abdullah dan kem Tun Mahathir, maka PRU tahun 2009, 4 lagi negeri BN tumbang. Lalu Tun Abdullah didesak melepaskan jawatan PM dan berikan pada DS Najib.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...