Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 18 June 2016

Waspada bila pilih kahwin di sempadan...Kenapa?



NIKAH sempadan menjadi jalan mudah buat pasangan yang mahu mengamalkan poligami tanpa kebenaran isteri pertama.

Menyalahi undang-undang negara, ia tetap menjadi pilihan mudah dengan alasan dan pendapat mengatakan nikah di mana-mana pun sah asalkan patuh kehendak syarak.Atas alasan menggunakan agama, kehendak undang-undang diketepikan.

Mengikut undang-undang syariah kita, manamana individu yang hendak mengamalkan poligami perlu mendapatkan kebenaran mahkamah, ini yang kononnya ‘dikatakan’ sukar.
Sedangkan mereka takut akan kebenaran kerana ditolak keluarga atau isteri terdahulu.

SHAH ALAM - Pernikahan sempadan yang membelakangkan undang-undang banyak mendatangkan masalah kepada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.

Peguam Syarie, Nahar Alias berkata, pernikahan di luar negara menjadi masalah apabila mereka tidak mendaftar pernikahan secara rasmi.

“Jika mereka tidak mendaftarkan pernikahan mereka di pejabat agama, sama ada di dalam mahupun luar negara, pasangan akan hadapi masalah untuk mendaftarkan sijil kelahiran anak kelak.

“Selain itu, pasangan juga akan berhadapan masalah dari segi pembahagian harta (faraid), pencen, nasabnya (keturunan) diragui,” katanya, semalam.

Jelasnya, selain itu, pasangan juga akan menghadapi kesulitan ketika berurusan dengan majikan dalam pekerjaan masing-masing.

“Pernah jadi pada tahap serius apabila mahkamah akan fara’ (bubar) pernikahan kalau mereka didapati dinikahkan oleh jurunikah yang tidak bertauliah,” katanya lagi.

Beliau berkata, bagi pasangan yang dibubar pernikahan, mahkamah akan memerintahkan pasangan tersebut tinggal berasingan secara serta-merta.

“Bagi yang berpoligami, si lelaki perlu membuat permohonan poligami dulu dengan mahkamah, kemudian baru boleh bernikah macam biasa.

“Bagi pernikahan pertama, pasangan tersebut boleh bernikah seperti biasa dengan jurunikah di sini,” ujarnya.

Nahar yang juga menyediakan khidmat sebagai peguam syarie turut menasihati mana-mana pasangan supaya lebih berhati-hati ketika melangsungkan perkahwinan di luar negara.

Beliau berkata, pernikahan sesebuah pasangan itu tidak sah dan boleh mendatangkan masalah sekiranya pasangan tersebut diuruskan oleh sindiket-sindiket haram dan tidak berdaftar.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/waspada-bila-pilih-kahwin-di.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...