Posted: 07 Jul 2016 08:05 PM PDT

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Hafiz Nafiah berkata pelakon era 80-an itu meninggal dunia kira-kira 11.55 malam akibat komplikasi paru-paru.
Jenazah akan disolatkan di Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai sebelum solat Jumaat, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Allahyarham meninggalkan isteri Mariaty Husin dan enam anak.
Selain terkenal dengan drama persilatan, Pak Tamam juga dikenali menerusi drama Seorang Tua Di Kaki Gunung yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1980-an. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment